Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Remaja Bunuh Dan Noda...

Texas - Sebuah mahkamah di sini semalam diberitahu bagaimana seorang remaja belasan tahun...

Jerebu: Pelancong Disaran Kurangkan...

MELAKA - Pelancong disaran mengurangkan aktiviti luar ketika keadaan berjerebu melanda negara bagi...

Tanam Benih Padi Dipantau...

PASIR SALAK - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memastikan tiada penanaman...

Wanita Ditahan Simpan, Jual...

SEPANG: Seorang peniaga wanita ditahan polis kerana menyimpan stok mercun tanpa lesen sah...

Khalid Ibrahim Nafi Mahu Kembali Jadi MB Selangor

BEKAS Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan khabar angin mengatakan beliau hendak merampas semula jawatan itu daripada penyandang kini Mohamed Azmin Ali.

Memetik laporan Astro Awani Khalid berkata, “Tidak, saya tidak terfikir untuk jadi menteri besar lagi tetapi jika orang tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab itu dengan baik, saya bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut, itu sahaja.”

Khalid sebelum ini dilaporkan berkata beliau bersedia untuk kembali menjadi MB negeri terkaya di Malaysia itu bagi memastikan Selangor ditadbir secara telus dan bebas rasuah.

Bagaimanapun katanya, perkara itu hanya berlaku sekiranya beliau mendapat majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

“Saya bukan hendakkan sangat perkara ini. Saya cuma hendak tunjukkan setiap pemimpin mesti bertanggungjawab untuk menentukan jika dia berjanji untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat, dia mesti menunaikan tanggungjawab tersebut,” katanya.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu juga berharap agar isu air di Selangor dapat diselesaikan dengan segera kerana dikhuatiri akan membebankan rakyat negeri itu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR 

Wawancara eksklusif bersama Tan Sri Khalid Ibrahim

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori