BINTANG siri televisyen popular Keeping Up with The Kardashians, Khloe Kardashian telah membuat keputusan untuk nekad menjadi ibu selepas bercerai dengan bekas suaminya, Lamar Odom.
Mungkin gembira melihat kebahagiaan adik-beradiknya, Kim serta Kourtney yang memiliki anak masing-masing untuk dibesarkan, Khloe juga memutuskan untuk memiliki anak seperti mereka.
Tidak kisah menjadi ibu tunggal, Khloe kini dalam dilema sama ada mahu mengambil anak angkat atau menggunakan sperma daripada penderma.
Bintang berusia 31 tahun itu memberitahu keluarganya yang dia sudah bersedia untuk tanggungjawab itu serta penat menanti lelaki yang sesuai untuk memiliki cahaya mata bersama.
“Khloe berazam untuk membuat hidupnya lebih terjamin dan berhenti mencari lelaki yang boleh mengurangkan tahap keyakinannya,” kata sumber.
Mendapat inspirasi daripada Sandra Bullock, January Jones dan Minnie Drivers yang tidak perlukan lelaki untuk besarkan anak-anak, Khloe percaya dia juga mampu menjadi wanita hebat seperti mereka. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=_WrXvE6QCCs
Oleh: Syfq Akhir