Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Rumah Kayu Musnah Dalam...

LABUAN - Lima sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kayu didiami mereka hangus...

Setelah 21 Tahun Hidup...

LONDON – Penyanyi legenda British, Sir Elton Hercules John akhirnya memeterai secara rasmi...

Jalan Utama Ke Mersing...

KOTA TINGGI: Pengguna dari arah Kota Tinggi ke Mersing dinasihati menggunakan laluan alternatif...

AS Larang Peniaga Ganja...

WASHINGTON - Kanada mungkin menghalalkan ganja rekreasi semalam, namun ahli perniagaan industri semakin...

Kilang Proses Plastik Elektronik Terbakar

SUNGAI PETANI – Sebuah kilang memproses barangan plastik elektronik di Taman Semarak, Sungai Pasir di sini musnah dalam kebakaran kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Saksi yang enggan dikenali berkata, penduduk menghubungi bomba apabila ternampak asap dari premis terbabit dan mengesyaki berlaku kebakaran.

“Dalam sekelip mata, api merebak ke keseluruhan kawasan kilang. Mujur bomba cepat tiba, api tidak sempat merebak ke kilang bersebelahan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Mohd Razmi Ab Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.22 malam.

“Ketika bomba sampai, api sedang marak. Premis terbabit ialah rumah teres dua tingkat dijadikan kilang. Kebakaran meliputi sebuah unit, di mana tingkat atas dijadikan asrama manakala tingkat bawah ruang kilang,” katanya.


Menurutnya, anggota terlibat ialah seramai 32 orang dari BBP Tikam Batu dan BBP Sungai Petani selain dibantu Bomba Sukarela Guar Chempedak dan Sungai Petani.

Difahamkan, bangunan teres yang diubahsuai menjadi kilang di situ mempunyai 13 pintu keseluruhannya.

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan. Punca dan kerugian masih dalam siasatan. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori