Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kos Sara Hidup Atau...

KUALA LUMPUR - Dewasa ini isu kos sara hidup sering dicanang sebagai isu...

Pahang Antara Negeri Terawal...

KUANTAN - Pahang adalah antara negeri terawal yang menerima agama Islam berdasarkan kepada...

Aloyah Mamat Dilantik KP...

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini...

Daftarlah Sebagai Pemilih Dan...

KUALA LUMPUR - Mereka yang layak menjadi pengundi tetapi tidak menunaikan tugas dan...

Kisah Pemilik Wajah Ini Dihina Jadi Viral

LAZIMNYA majoriti pengguna media sosial seperti laman popular Facebook sering memaparkan wajah mereka yang konon kacak, lawa, ayu, comel dan pelbagai lagi walaupun hakikatnya secara realiti adalah terbalik.

Jarang benar ada yang berani dan tidak malu menonjolkan muka sebenar jika wajah tersebut buruk atau ‘hancur’ semata-mata mengaburi pengikut mereka kononnya pengguna tersebut memiliki penampilan sempurna.

Bahkan kajian syarikat Facebook mendapati, lebih 83 juta pengguna laman itu didapati memalsukan wajah asal mereka dengan memuat naik muka individu lain sama ada untuk kepentingan peribadi atau dijadikan akaun palsu.

Namun, kisah seorang pengguna laman Instagram dikenali Zati Salam amat menyentuh hati ramai netizen apabila sikap jujurnya berkongsi mukanya yang ‘kurang elok’ bukan sahaja dicemuh malah viral dihina pengguna lain.

Menurut laman Facebook rasmi Real Johoreans Supporter, wanita berusia baharu 18 tahun ini dipercayai memuat turun beberapa keping gambar rupa sebenar dirinya itu lebih sebulan lalu bagi berkenalan di alam siber.

niaszatie

Malangnya dia yang menggunakan nama rujukan niaszatie tidak menyangka ramai pengguna lain memperlekeh muka dirinya itu bahkan ada mempermainkan wanita itu konon memakai topeng wajah unik untuk glamor.


Bagaimanapun, segala-galanya berubah secara drastik apabila dia kemudian mungkin berasa amat malu, akhirnya tampil membalas semula kritikan mereka itu dengan sekadar menjawab “ni bukan topeng, ni muka saya”.

Jawapan jujur dan spontan niaszatie ini amat menyentuh hati ramai pengguna lain dan hendak tahu apa yang berlaku; pengikut wanita itu tiba-tiba naik melonjak lebih 2,000 orang dalam masa kurang 12 jam sahaja.

Real Johoreans Supporter, dalam reaksi susulan berkata, beberapa pengguna yang selama ini dikesan galak mengaibkan niaszatie didapati ‘lenyap’ bahkan ada memadam gambar-gambar mereka menerusi instagram.

Moral ceritanya mudah: Janganlah hina ciptaan Allah SWT kerana mereka juga makhluk Tuhan dan barang kali orang yang dihina itu jauh lebih mulia daripada si penghina tersebut. Fikir-fikirkanlah! – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori