Sunday, January 12, 2025

Creating liberating content

Jambatan Sultan Yusuf Ditutup...

IPOH - Penutupan Jambatan Sultan Yusuf terpaksa dilanjutkan berikutan penemuan kecacatan serius yang...

Catatan Sedih Pengembara Solo,...

RAMAI yang tidak menyedari bahawa isu 'masjid ditutup' ini sebenarnya bukan sahaja berlaku...

Kedai Urut: Depan Kalimah...

Sebuah premis urut kaki turut diberikan peringatan tegas oleh Jabatan Agama Islam Wilayan...

Malaysia Berdepan Saingan Beregu...

RIO DE JANEIRO - Kebimbangan beregu lelaki dan wanita negara akhirnya menjadi kenyataan...

‘KL Car Free Morning’ Semakin Mendapat Sambutan

KUALA LUMPUR – Program ‘KL Car Free Morning’ yang diperkenalkan tahun lepas semakin mendapat sambutan dengan lebih 5,000 peserta menyertainya setiap bulan.

Program pagi tanpa kenderaan yang diadakan dua kali sebulan iaitu pada Ahad minggu pertama dan ketiga setiap bulan, berjaya menarik penyertaan daripada segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, remaja, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib berharap program itu diteruskan walaupun selepas beliau tamat perkhidmatan pada 18 Julai ini.

Katanya, program yang pada awalnya diadakan bertujuan mengurangkan pelepasan asap karbon dioksida di pusat bandar raya, kini menjadi aktiviti yang menarik minat warga kota.

“Saya melihat program ini dapat memberi manfaat yang banyak kepada warga kota, malah sambutannya amat memberangsangkan setiap bulan, jadi saya harap program ini dapat diteruskan pada masa kelak,” katanya kepada Bernama pada program KL Car Free Morning, di sini, hari ini.

Ahmad Phesal yang memegang jawatan Datuk Bandar KL ke-10 semenjak 2012 untuk perkhidmatan dua tahun berkuat kuasa 18 Julai 2012 telah dilanjutkan perkhidmatanya untuk tempoh setahun lagi yang akan tamat 18 Julai ini.

Ditanya, adakah kerajaan telah membuat keputusan sama ada untuk melanjut atau menamatkan perkhidmatan beliau, Ahmad Phesal berkata: “Kita tunggu dulu, itu semua keputusan kerajaan dan kerajaan akan membuat pilihannya yang terbaik.”


Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang turut hadir pada program itu, berkata keputusan berhubung jawatan Datuk Bandar KL sedang dibincangkan dan beliau menasihati semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu.

“Sila tunggu dan lihat, kami akan umumkan kemudian,” katanya.

Selain program ‘KL Car Free Morning’, DBKL hari ini turut mengadakan Program Kacau Bubur Lambuk dan bubur lambuk yang dihasilkan akan diagihkan kepada orang ramai di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India.

Program itu yang melibatkan kira-kira 300 kakitangan DBKL mengacau bubur lambuk dalam 30 periuk berdiameter 85cm, dapat menghasilkan antara 200 sehingga 250 bungkus bubur bagi setiap periuk. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori