Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

MAB Dipilih Syarikat Penerbangan...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines Berhad (MAB) dipilih menerima anugerah Syarikat Penerbangan ASEAN...

Sakit Bahagian Tangan, Hans...

AKTOR dan pengarah terkenal, Datuk Hans Isaac menerusi akaun Instagram peribadinya telah berkongsi...

Konvoi Amal Merdeka 1WP...

PUTRAJAYA - Seramai 150 peserta yang terdiri daripada anak muda dari Wilayah Persekutuan...

Gunung Kinabalu Akan Dibuka...

RANAU-Laluan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu yang ditutup hari ini berikutan gempa bumi...

Kongsi Foto Pegang Botol Air, Bunga Citra Lestari Tak Puasa Ke?

PENYANYI popular Indonesia, Bunga Citra Lestari sememangnya sering dikritik kerana cara hidupnya bersama suami, Ashraf Sinclair lebih kebaratan.

Mereka pernah dikutuk selepas tersebarnya beberapa keping foto yang memperlihatkan mereka seolah-olah melakukan vow renewal, satu upacara memperbaharui ikatan perkahwinan yang dibuat pasangan barat di hadapan paderi.

TERDAHULU: Ashraf Sinclair & Isteri Diselar Kerana Buat Vow ‘Vow Renewal’

Baru-baru ini pula, nama Bunga atau turut dikenali sebagai BCL dihentam sekali lagi selepas dia memuat naik foto yang hanya mengenakan coli ketika sedang mandi bersama Ashraf di suatu kawasan di Greece.

Itu cerita lepas. Kini, timbul pula cerita baru apabila BCL dituduh tak berpuasa setelah dia memuat naik sekeping foto sedang memegang botol air.

Melalui perkongsiannya di laman sosial peribadi, gambar tersebut merupakan kemas kini terbarunya yang sedang berada di Jepun bersama keluarganya.

Dia dilihat memegang satu botol minuman dan bergambar di hadapan vending machine ketika membuat kunjungan di Taman Tema Disneyland, Tokyo, Jepun.


Mengamati komen-komen yang ditinggalkan peminat, sebahagian besarnya mempersoalkan kemungkinan BCL tak berpuasa kerana foto tersebut menunjukkan hari masih siang, manakala segelintir lagi memberikan kata-kata positif dengan andaian air tersebut dibeli untuk anaknya, Noah, atau ia dibeli sebagai persiapan berbuka.

Alahai, rasanya tak perlulah peminat menuduh mahupun mempersoalkan sama ada BCL berpuasa ataupun tak. Dari sibuk hal orang lain, lebih baik tumpukan ibadah mengejar keberkatan Ramadan yang makin di penghujung, kan?

Lagipun sebagai wanita, mungkin dia uzur syarie.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Video Muzik Wanita Terbahagia – Bunga Citra Lestari

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori