KONTROVERSI berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) belum menunjukkan titik noktah.
Terbaharu, muncul dakwaaan fitnah daripada Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report berkaitan kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak telah ‘songlap’ sejumlah wang ke dalam akaun peribadinya.
Bertubi-tubi maklumat tidak tepat diputarbelitkan oleh sesetengah pihak hingga membuatkan nama 1MDB menjadi sebutan di setiap lapisan masyarakat.
Malah jika anda tanya makcik di kantin sekali pun, nescaya mereka tahu mengulas sedikit sebanyak berita berkaitan 1MDB.
Bagaimanapun paling ‘terasa’ kehangatan isu ini adalah mereka yang merupakan pelayar Internet dan pengguna media sosial.
Terkini, pengguna laman mikro Twitter dilihat menjadikan 1MDB sebagai ‘bahan’ untuk dijadikan tajuk filem.
Menggunakan hashtag #1MDBMovies, ianya galak dijadikan satu bentuk gurauan dalam kalangan netizen.
Ini mungkin juga kerana nama singkatan 1MDB seakan laman web terkenal berkaitan filem, Internet Movie Database (IMDB). – MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq