MADRID – Sebuah bandar kecil di Sepanyol, Trigueros del Valle kini menjadi syurga kepada anjing dan kucing apabila 390 penduduknya mengundi memberi hak sama rata kepada binatang berkenaan sama seperti manusia.
Hasil keputusan undian dijalankan untuk membolehkan satu akta baharu dilaksanakan.
Meskipun beberapa peraturan baharu ditetapkan, namun ia masih menjadi persoalan mengenai bagaimana akta tersebut akan memberi kesan kepada tuan punya haiwan berkenaan.
Menurut Datuk Bandar, Pedro Pérez Espinosa, kucing dan anjing telah lama hidup dalam kalangan manusia sejak lebih 1,000 tahun lalu.
“Justeru Datuk Bandar tidak seharusnya mewakili manusia, malah ia juga perlu mewakili semua,’’ katanya.
Objektif utama orang ramai mengundi di bandar berkenaan adalah untuk menghalang pertandingan laga lembu, berbanding memberikan hak kepada binatang peliharaan popular seperti anjing dan kucing.
Melalui akta ini, ia menghalang sebarang tindakan yang boleh menyebabkan kematian kepada penduduk bukan manusia. – Agensi
https://www.youtube.com/watch?v=6h57ORgFhV0