Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki Bergambar Dengan Bom...

NAYA…seorang lelaki meninggal dunia selepas bergambar dengan sebutir bom tangan yang telah dibuka...

Video: Pelajar Perempuan Belasah...

KOTA KINABALU - Rakaman video pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di...

PM Teruskan Dasar Adenan...

KUCHING - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan meneruskan dasar Allahyarham...

Pertukaran Exco Perkara Biasa...

KUALA TERENGGANU - Rombakan dan penstrukturan semula portfolio anggota Exco kerajaan negeri yang...

Geng Internet Ditangkap, Raih Pendapatan Jutaan Ringgit

BEIJING – Sebuah geng internet di China yang memperoleh pendapatan berjuta-juta ringgit dengan hanya memadamkan entri-entri negatif dalam media sosial milik pelanggan mereka, berjaya ditangkap.

Kumpulan berkenaan mempunyai pelanggan dalam kalangan selebriti dan pegawai kerajaan yang mengupah mereka dalam usaha memberikan reputasi yang baik menerusi media sosial.

Dianggarkan anggota kumpulan itu adalah seramai 2,000 orang yang bergerak di 22 wilayah di seluruh China.

Tangkapan itu dilakukan selepas polis mendapat tip daripada pemberi maklumat.

Aktiviti haram ini dikesan selepas pihak berkuasa mengekori empat anggotanya dan siasatan mendapati mereka berjaya menghasilkan wang sebanyak RM30 juta.

Setakat ini 10 orang sudah ditahan manakala lima yang lain berjaya melarikan diri.

Salah seorang daripada anggota kumpulan itu dikenali sebagai Yu, yang berjaya memperolehi pendapatan sebanyak RM4.7 juta dalam masa empat tahun meskipun tidak memiliki sebarang ijazah dari universiti.


Dia kini malah memiliki kereta lumba dan rumah agam.

“Industri ini melibatkan berjuta-juta ringgit dan terdapat beribu-ribu operator yang bertugas,” katanya.

Anggota kumpulan itu termasuk pelajar universiti, guru dan kakitangan awam.

Mereka menggelarkan diri sebagai `Pengurusan Krisis’ di ruangan sembang dalam internet tempatan yang menjadi platform untuk melaksanakan operasi berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=xmxd4iQXcsI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori