Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Cedera Tersepit Dua Kereta...

KULIM - Wanita cedera akibat tersepit selepas kereta dipandunya bertembung dengan kereta lain di...

Kejayaan Sukan SEA: Letusan...

Malaysia di pentas sukan antarabangsa bukanlah sekadar tempelan mahupun picisan sahaja kerana terbukti...

Terengganu Teroka Bidang Tenaga...

KEMAMAN - Kerajaan Terengganu bertekad untuk menerokai bidang tenaga diperbaharui seperti tenaga solar...

Kes Perceraian Bekas Ratu...

Akhirnya permintaan bekas ratu cantik Malaysia 1969, Pauline Chai yang mahu kes penceraiannya...

Lagi Kes Bogel Atas Gunung, Kali Ini Di Cameron Highlands

SEBELUM ini, tindakan tidak senonoh sekumpulan pelancong asing yang berbogel di atas Gunung Kinabalu telah mencetuskan amarah masyarakat setempat.

Namun seakan seperti trend pula, kini berlegar di laman sosial beberapa keping gambar menunjukkan kelibat seorang lelaki mengambil gambar bogel di atas Gunung Irau yang terletak di Cameron Highlands, Pahang.

Pelancong Berbogel: Adakah Satu Kebetulan Atau Trend Terkini?

b1

Tidak dapat dipastikan sama ada dia merupakan pelancong tempatan atau asing, namun gambar tersebut kini giat kongsikan di media sosial.

Menerusi gambar, lelaki berkacamata itu dilihat mengambil beberapa keping gambar dirinya berlatar belakangkan bendera Malaysia dan papan tanda bertulis Brinchang 2.35KM.

b2


Dia turut menggayakan pelbagai aksi dalam keadaan bogel termasuk menutup bahagian sulitnya dengan papan tanda Gunung Irau.

Perbuatan seperti ini amatlah tidak senonoh dan seakan ingin menaikkan kembali isu melibatkan pelancong asing berbogel di Gunung Kinabalu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

https://www.youtube.com/watch?v=kdOK62LN15o

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori