Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Muktamar Pas Kecoh, Pengerusi...

Pengerusi Tetap Muktamar PAS, Kamal Ashaari terpaksa dikejarkan ke hospital berhampiran kerana mengalami...

Rumah Harry Potter ‘Membesar’...

BAGI mereka yang mengikuti filem Harry Potter, pasti merindui zaman semasa Harry membesar....

Kemesraan Noh Salleh &...

PENYANYI Noh Salleh berkata, kemesraan dia bersama isteri iaitu Mizz Nina yang dipaparkan...

‘Pondok Haid’ Ragut Mangsa...

KATHMANDU - Seorang wanita warga Nepal maut selepas dipercayai sesak nafas akibat asap...

Laluan Sukar Pertahan Kejuaraan Liga Super – JDT

KUALA LUMPUR – Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safee Sali mengakui Harimau Selatan terpaksa melalui laluan yang sukar untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super musim ini.

Kata beliau, prestasi JDT dalam kempen Liga Super 2015 yang berbaki tujuh perlawanan adalah penentu sama ada Harimau Selatan dapat dinobatkan sekali lagi sebagai Juara Liga Super.

“Saya perlu menyatakan ianya adalah sangat sukar untuk kita. Seperti menghadapi lapan peperiksaan akhir dalam masa sebulan.

“Siapa tidak mahu menjadi pemenang? Ini adalah tujuh perlawanan yang akan menentukan juara liga. Oleh itu, latihan yang cukup, pemulihan yang baik, pemakanan yang betul dan tenaga serta rehat yang secukupnya adalah fokus utama kami pada bulan hadapan,” katanya melalui laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

JDT selain berhadapan jadual Liga Super yang rapat, pasukan itu perlu juga mengharungi perlawanan menentang South China dalam Piala AFC pada 5 Ogos 2015.


Seorang lagi pemain JDT, S,. Chanturu bagaimanapun berkata, kesemua pemain Harimau Selatan dalam keadaan bersedia untuk memberi persembahan terbaik.

Jelasnya, JDT mempunyai semua pemain utama negara yang layak untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan itu.

“Sebagai seorang pemain bola sepak profesional, perkara yang tidak dapat dielakkan antaranya adalah jadual yang ketat. Misi kami sekarang adalah untuk memenangi semua perlawanan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori