Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Janet Jackson Peluk Islam,...

PENYANYI Janet Jackson dikhabarkan sudah memeluk agama Islam, mengikut jejak langkah abangnya, Jermaine...

Bila Pak Lebai ‘Hanyut’...

BARU sahaja kita dikejutkan dengan insiden dua artis dikir barat wanita yang menyanyi...

KPN Sah Ada Laporan...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan laporan...

Kematian Akibat COVID-19 Melebihi...

BEIJING - Kadar kematian akibat coronavirus (COVID-19) mencecah 1,868 orang hari ini selepas...

Laluan Tren Ke Pantai Timur Mula Beroperasi Sejak Semalam

KUALA LUMPUR – Sempena menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, laluan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ke pantai timur bagi fasa pertama telah mula beroperasi sejak semalam selepas diberhentikan akibat banjir tahun lepas.

Presiden KTMB Lt Kol (B) Sarbini Tijan berkata laluan tren dari Kemubu ke Kuala Krai, Kelantan telah beroperasi mulai semalam manakala laluan Gemas, Negeri Sembilan ke Gua Musang, Kelantan pula bermula hari ini.

Harga tiket bagi kedua-dua perjalanan itu adalah pada harga lama. Kerajaan pusat menerusi Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan KTMB amat prihatin dengan keperluan rakyat di Kelantan.

“Kami juga akan membantu mengembalikan kemudahan infrastruktur tren dengan segera dan tidak pernah meminggirkan rakyat Kelantan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Semua perkhidmatan tren di laluan pantai timur telah dibatalkan sejak 22 Dis lepas akibat banjir teruk yang melanda pantai timur tahun lalu.

Sarbini juga berkata fasa kedua pemulihan landasan kereta api di pantai timur dijangka pulih sepenuhnya pada akhir tahun ini.

Beliau berkata pihak KTMB memohon maaf atas kelewatan pengoperasian fasa pertama yang sepatutnya bermula pada 10 Julai. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KTMB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori