Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Dirogol Depan Teman Lelaki...

Seorang wanita terpaksa melalui pengalaman menakutkan apabila dia dirogol di hadapan teman lelakinya...

Kerajaan Tak Hasrat Mansuhkan...

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak berhasrat memansuhkan skim pencen perkhidmatan awam sedia ada, kata...

Samsung Uji Kamera Galaxy...

SAMSUNG adalah satu nama besar dalam dunia Android dan terus tampil dengan koleksinya...

Diusir Dari PPR, 6...

GEORGETOWN - Enam keluarga yang diusir dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis...

Langkah Penjimatan Kos Perkukuh Kedudukan MAS Baharu

KUALA LUMPUR – Penjimatan kos sekurang-kurangnya RM180 juta pada peringkat awal menerusi kontrak katering serta ratusan juta lagi daripada perbelanjaan pembayaran gaji yang mengecil susulan bilangan pekerja yang lebih rendah dalam tempoh tiga tahun akan datang, akan meletakkan Malaysia Airlines (MAS) baharu pada kedudukan yang lebih kukuh untuk mencatat keuntungan pada 2018, seperti yang disasarkan, kata seorang ahli akademik pada Khamis.

Dr Ahmad Rizal Mazlan, Pengarah kampus Kuala Lumpur Universiti Utara Malaysia (UUM), berkata syarikat penerbangan negara itu sudah terlalu lama dibelenggu kos operasi yang besar, sehingga lebih 20 peratus berbanding saingannya, kos pembayaran gaji yang tinggi, selain mengeluarkan barangan sendiri pada paras kos yang tidak kompetitif.

“Tidak seperti MAS lama, MAS baharu akan lebih kecil dengan hanya 14,000 tenaga kerja. Menerusi penjimatan kos daripada kontrak katering dan pengurangan kos bayaran gaji selepas 6,000 ditamatkan perkhidmatan, MAS dijangka merapatkan jurang 20 peratus kos yang lebih tinggi,” katanya kepada Bernama.

Rundingan semula kontraknya dengan pembekal katering dalam penerbangan, Brahim, merupakan langkah pertama yang baik dan boleh diguna pakai untuk kontrak pembekal lain MAS, katanya.

“Penjimatan kos ini dijangkakan meningkatkan lagi kontrak yang akan dirundingkan semula dengan potensi setinggi RM2 bilion dalam tempoh tiga tahun,” katanya.

Dalam analisisnya, Dr Rizal berkata berasaskan perbelanjaan operasi MAS sebanyak RM3.55 bilion pada suku ketiga 2014, penjimatan 20 peratus bagi menyamai kos pesaing MAS diterjemahkan kepada penjimatan sekurang-kurangnya RM700 juta setahun atau RM2 bilion dalam tempoh tiga tahun ketika Malaysia Airlines merealisasikan keuntungan pada 2018.

“Berikutan kedudukan industri itu yang semakin kompetitif, inisiatif penjimatan kos sudah dijangkakan. MAS tidak bersendirian. Thai Airways baru-baru ini melepaskan 1,401 pekerja dan menggantung laluan yang merugikan menerusi pelan penstrukturan dua tahunnya.”

Dr Rizal berkata fasa pertama pelan penstrukturan MAS meletakkan keutamaan yang tepat, dengan memberi tumpuan ke atas langkah-langkah ‘menghentikan kerugian’ dalam bidang kritikal seperti pengecilan kapasiti yang bersesuaian, menghapuskan sumber yang merugikan, mengurangkan bilangan pekerja dan merundingkan semula kontrak bagi memulakan operasi yang bersih apabila entiti baharu Malaysia Airlines Bhd (MAB) dilancarkan.

“Penstrukturan semula ini yang menyaksikan kemunculan entiti baharu telah membetulkan beberapa perubahan struktur yang akan meletakkannya pada kedudukan yang lebih kukuh, dari segi kewangan dan kos. MAB kini perlu mengurus operasi sebagai entiti perniagaan.

“Industri penerbangan kini semakin kompetitif, MAB bukan sahaja perlu bersaing dengan syarikat perniagaan perkhidmatan penuh yang lain bahkan juga dengan syarikat penerbangan tambang rendah yang semakin bertambah banyak sejak 10 tahun yang lepas. Kini, kita mempunyai lebih daripada tiga syarikat penerbangan yang terbang dalam laluan yang sama, sekali gus memberi cabaran yang besar untuk mendapatkan penumpang untuk terbang dengan syarikat penerbangan negara,” katanya.

Dr Rizal berkata sukar dibayangkan bahawa MAS mempunyai sebanyak 20,000 pembekal seperti yang diperakui oleh Ketua Pegawai Eksekutif baharunya Christoph Mueller, sedangkan yang idealnya ia hanya perlu mempunyai antara 2,000 dan 2,500. Ini membuktikan bahawa syarikat penerbangan itu beroperasi dalam sistem perolehan yang tidak stabil dan menyukarkan penjimatan kos.


Ahli politik Datuk Ahmad Fauzi Zahari yang bersetuju dengan pandangan Dr Rizal berkata jika MAS dapat menjimatkan RM60 juta setahun hanya menerusi rundingan semula dengan Brahim, kos penjimatan secara menyeluruh yang lain juga boleh dicapai.

Anggota Parlimen Setiawangsa itu berkata MAS yang mengalami kerugian besar, dan untuk kepentingan kedua-dua pihak, pembekal wajar secara sukarela menyemak semula terma yang dilihat tidak memihak kepada syarikat penerbangan, yang bersifat kerugian yang tidak terkawal.

“Hanya selepas MAS mengurangkan pembekalnya kepada 2,500 ia boleh mencatat kos ekonomi yang menguntungkan, jika tidak, kos operasi akan sentiasa di luar kawalan. Ini bukan sahaja untuk kepentingan MAS, malah pembekalnya memandangkan jika MAS gagal, nasib yang sama akan dialami pembekal,” kata Ahmad Fauzi.

Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), pemilik MAS, menyuntik RM6 bilion menerusi pelan penstrukturan itu bagi membolehkan syarikat penerbangan negara itu kembali mencatat untung mulai 2018, dengan RM1.4 bilion dibelanjakan untuk mengambil alih kepentingan daripada pemegang saham minoriti.

Sejumlah RM1.5 bilion lagi digunakan untuk membayar pampasan dan manfaat kepada kira-kira 6,000 pekerja yang ditamatkan perkhidmatan dan 14,000 yang lain disambung.

Ahmad Fauzi berkata menerusi baki RM3 bilion lagi, MAB perlu menggunakannya untuk mencatat keuntungan menjelang 2018, dan menerusi langkah penjimatan kos, syarikat penerbangan itu dijangka mampu mencapai sasaran berkenaan.

Beliau memberikan analogi pemandu kereta untuk menjelaskan kedudukan MAS sekarang. Dalam sebuah kereta, hanya ada dua cermin untuk tujuan penglihatan – cermin depan dan cermin belakang.

“Cermin belakang kecil kerana kita menggunakannya untuk melihat di belakang dan yang penting ialah cermin depan untuk memandu kira ke arah yang hendak kita tuju, namun kini kita perlu melihat cermin belakang untuk memberitahu kita apa kesilapan kita dan tidak mengulanginya.

“Inilah situasi MAS, dan disebabkan cermin depan itu lebih besar, kita wajar memberi tumpuan kepadanya sahaja. Jangan lagi menoleh ke belakang. Kita tidak ada masa untuk melihat ke belakang sekarang, jika kita asyik menoleh ke belakang, kita akan berlanggar,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori