Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahathir Tak Tahu Rancangan...

CYBERJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau tidak tahu mengenai...

Konsep 3 Serangkai Jamin...

PUTRAJAYA - Gabungan prinsip tiga serangkai iaitu Wala'-Wasatiyyah-Tabayyun jika diamalkan akan menjelmakan satu...

Kes Demam Denggi Di...

SANDAKAN - Jumlah kes demam denggi di daerah ini terkawal berikutan pelaksanaan operasi...

Kolej Profesional Mara Bachok...

BACHOK – Kolej Profesional Mara pertama di Kelantan iaitu Kolej Profesional Mara Bachok...

Lapan Peniaga Di Kelantan Dikompaun

TUMPAT – Lapan peniaga di negeri ini setakat ini dikompaun maksimum RM200 di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad berkata mereka merupakan peniaga baharu yang berniaga pada bulan Ramadan dan tidak memahami peraturan yang ditetapkan apabila tidak meletak tanda harga bagi barangan kawalan yang telah digazet.

Beliau berkata sehingga semalam, 16,499 premis telah diperiksa di negeri ini sejak skim berkenaan dilancarkan pada 7 Julai lepas.

Alias meninjau Pasar Besar Wakaf Baharu di sini hari ini yang turut disertai Pengarah PPDNKK Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun.

Beliau juga memberitahu beliau berpuas hati dengan pematuhan skim kawalan harga di seluruh negara yang ditetapkan setiap kali menjelang musim perayaan.


Skim itu yang akan berakhir sehingga 23 Julai meliputi barangan seperti sayur, ikan, daging dan kelapa.

Beliau juga berkata terdapat 301 kes membabitkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dalam tempoh 1 Jan hingga 15 Julai lepas.

“Kita merampas pelbagai barangan bernilai RM47,884 selain mengeluarkan kompaun RM34,650 kepada peniaga terbabit,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori