Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mohamad Ezam Mohd Nor...

PETALING JAYA - Bekas senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor dipercayai keluar Parti...

Kes Kamal Hisham: Mahkamah...

JOHOR BAHRU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 9 Nov depan...

Dua Ibu Muda Harung...

KOTA BAHRU - Dua beradik yang juga ibu muda terpaksa mengharungi air dan...

Pasukan SAR Masuk Ke...

MUAR ā€“ Pasukan penyelam akan memasuki kapal JBB Rong Chang 8 yang terbalik...

Lebih 20 Rumah Alami Kerosakan Akibat Ribut Di Hulu Besut

BESUT – Lebih 20 rumah di lima buah kampung di mukim Pasir Akar, Hulu Besut, dekat sini mengalami kerosakan yang kebanyakannya di bahagian bumbung akibat dilanda ribut, petang semalam.

Kejadian pukul 4.50 petang itu turut merosakkan bumbung asrama murid Sekolah Kebangsaan Pasir Akar akibat ditiup angin kencang yang berlaku selama 10 minit.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang turut menyebabkan lebih 10 pokok tumbang hingga ada yang menimpa rumah dan menyebabkan bekalan elektrik terputus selama sembilan jam.

Kampung-kampung yang terbabit ialah Kampung Pasir Cegar Batang, Kampung Gong Resam, Kampung Masin, Padang Baloh dan Pasir Akar.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) Cegar Batang, Adnan Said berkata kejadian berlaku begitu pantas selepas waktu Asar sehingga menyebabkan bumbung rumah dan bumbung bengkel melayang diterbangkan angin kencang.


Katanya, hujan air batu turut berlaku di kawasan Pasir Akar beberapa minit semasa kejadian ribut itu.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Besut Nawi Mohamad memberitahu Bernama, pihaknya sedang melakukan bancian bagi mengenal pasti bilangan rumah yang rosak.

Katanya, bantuan segera akan disalurkan kepada keluarga yang mengalami kerosakan rumah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat setelah taksiran kerugian disiapkan.

Bagaimanapun, beliau bersyukur penduduk di kawasan itu terselamat. Sebelum ini, kawasan itu tidak pernah dilanda ribut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori