SEBERANG PERAI – Seorang lelaki cedera selepas kereta yang dipandunya terbabas ke dalam Sungai Bakap, awal pagi tadi, dan dia ditemui terselamat di tebing sungai.
Pegawai Bomba Kanan II, Rosli Abdullah yang mengetuai operasi berkata, bomba menerima panggilan dalam pukul 4.10 pagi. Kejadian berlaku berhampiran sebuah kilang di sini.
“Pasukan bomba menemui mangsa seorang lelaki, yang cedera di bahagian pinggang dan mengalami hypertemia pada 5.10 pagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, mangsa dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan. – BERNAMA