Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Perlu Lakukan Usaha...

KULIM - Kerajaan perlu melakukan usaha bersepadu untuk menguruskan sisa pepejal di negara...

Beri Cadangan Membina, Bukan...

SHAH ALAM - Penasihat Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Khalid Jaafar sepatutnya menggunakan...

Rakyat Tidak Jaga Kesihatan...

KOTA KINABALU - Rakyat yang lalai terhadap penjagaan kesihatan diri dianggap sebagai membazir...

Portal Ditaja Dana Asing:...

PETALING JAYA - Polis telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat sebuah portal berita...

Lelaki Dikehendaki Polis Kes Dadah Ditahan

JOHOR BAHARU – Seorang lelaki berusia 25 tahun yang dikehendaki kerana kes dadah, berjaya ditahan pasukan polis peronda di kawasan Kempas, di sini kira-kira 5.20 pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara Supt Beh Eng Lai berkata lelaki berasal dari Taman Perling itu ditahan bersama sebuah kereta Honda Civic yang disyaki dicuri, sepucuk pistol tiruan, pelbagai peralatan pecah rumah dan beberapa telefon bimbit, komputer riba dan jam.

Dalam satu kenyataan di sini, Beh berkata sebelum itu polis melihat suspek memandu dalam keadaan mencurigakan dan apabila diarah berhenti, dia enggan lalu terus memecut kenderaannya untuk melarikan diri.

Polis bertindak mengejar suspek yang kemudiannya hilang kawalan kereta yang dipandunya lalu terbabas di Lebuh Raya Pasir Gudang sebelum ditahan polis.


Beh berkata berdasarkan semakan, suspek masih dalam senarai orang dikehendaki bersabit kes dadah dan polis akan mendapatkan perintah reman esok.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana memiliki kereta curi, Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 kerana memiliki pistol tiruan dan Seksyen 28(1) Undang-undang Kesalahan Kecil kerana memiliki peralatan pecah rumah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori