Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Aidil Juara Pertama Mini...

PELUMBA cilik dari Selangor, Mohamad Aidil Mohd Ayub muncul juara pertama siri perlumbaan...

‘Ular’ Lintas Jalan Patuk...

KELIRU atau kurang peka dengan nama betul binatang, seorang lelaki tergamak membuat laporan...

Tiga Meninggal Ketika Tunggu...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiga pengundi meninggal dunia ketika menunggu giliran untuk...

‘Berita Baik Buat Jururawat...

JOHOR BAHRU : Seramai 1,136 Jururawat Gred U29 Kontrak, keluaran Institut Latihan Kementerian...

Gambar Lelaki Hargai Jasa Polis Bekerja Di Hari Raya Jadi Viral

GAMBAR seorang lelaki yang bertindak menghargai jasa serta pengorbanan anggota polis yang terpaksa bertugas di hari raya aidilfitri semalam telah viral dan mendapat perhatian pengguna laman sosial.

Menggunakan nama Victor Chan di laman Facebook, pemuda berbangsa Cina ini telah menyentuh perasaan orang ramai serta mendapat pujian daripada kerana tindakan mulia yang dibuatnya.

Menerusi gambarnya bersama seorang anggota polis trafik yang kini viral, lelaki itu telah memberi buah tangan kepada polis yang bertugas pada hari raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka di aidilfitri ini.

baik hati.pngWM

wmmm

Menurut Victor, dia dalam perjalanan pulang dari gym apabila ternampak ada sekatan jalan raya yang dibuat dari arah bertentangan.

Simpati serta merasakan empat anggota polis yang sedang menjalankan tugas berhak bersama keluarga sempena hari raya ini, Victor telah membeli serta memberikan sebuah hamper kepada mereka.

“Ini untuk awak sahabat, ini musim perayaan.. awak patut bersama keluarga dan bukan bekerja. Jadi ini cara saya untuk berterima kasih kerana menjalankan tugas sebagai polis,” katanya.

Rata-rata netizen memuji serta berbangga dengan lelaki itu kerana kegigihannya serta semangat mementingkan kehidupan berharmoni di dalam negara.


baik hati.png3.pngWM

baik hati.png2.pngWM

Selain itu, Victor memberitahu tujuannya memuat naik gambar bukanlah untuk mendapat perhatian netizen mahupun pujian.

Sejak kebelakangan ini negara Malaysia telah dilanda pelbagai kejadian yang memburukkan imej negara harmoni dan tindakan Victor itu sedikit sebanyak pasti dapat memulihkan kembali reaksi negatif masyarakat terhadap negara.

Jadi, sama-samalah kita sebarkan semangat keharmonian dikalangan masyarakat dan jika lebih banyak individu seperti Victor ini, pasti negara lebih aman dan makmur.

Semangat macam inilah yang memeriahkan lagi setiap sambutan hari raya di Malaysia dan ini baru Satu Malaysia!

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori