SEORANG lelaki yang berusia 32 tahun ini sanggup menjalani pembedahan plastik semata-mata untuk dirinya kelihatan sama seiras habis seperti pemimpin diktator rejim Korea Utara, Kim Jong Un.
Gambar Wang Lei ini diambil oleh seorang jurugambar di Nanjing, Wilayah Jiangsu selepas dia berkawan rapat kepada seorang selebriti, Liu Zixuan yang juga kebetulan gemar menjalani pembedahan plastik.
Mereka asalnya bertemu di sebuah klinik pembedahan plastik di mana Zixuan ke sana untuk membesarkan buah dadanya sekali gus berkongsi minat yang sama dengan Wang Lei yang juga gemar menjalani pembedahan plastik.
Wang Lei yang mirip pemimpin diktator komunis itu dikatakan sangat mesra dan begitu senang untuk diajak bergambar dengan orang ramai walaupun yang tidak dikenali.
Sementara itu, Zixuan juga menyatakan hasratnya untuk membesarkan buah dada adalah kerana anak lelaki kepada orang paling kaya di China, Wang Sicong, menyatakan dia gemar melihat wanita yang berdada besar.
– Agensi/MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=2T–WOCOyqE