Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wanita Didenda RM1,800 Ceroboh...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita didenda RM1,800 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah...

Wanita Bawa Anjing Ke...

BUTTERWORTH - Tindakan seorang wanita membawa anjing peliharaannya ke sebuah restoran makanan segera...

Guru Dakwa Rugi RM438,900...

KUANTAN: Seorang guru wanita mendakwa kerugian RM438,900 akibat diperdayakan sindiket Macau Scam sejak...

Klinik 1 Malaysia Jadi...

KUALA LUMPUR – Sejak dilancarkan pada Januari 2010, Klinik 1 Malaysia (K1M) menjadi...

Lelaki Maut Ditetak Sekumpulan Lelaki Di Brickfields

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut ditetak tiga lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di Sri Kota, Brickfields di sini awal hari ini.

Dalam kejadian 5.45 pagi itu, mangsa Loganeswaran Prancing, 25, ditetak bertubi-tubi oleh penyerangnya.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Sharul Othman Mansor berkata sebelum kejadian, mangsa dilaporkan terjatuh selepas motosikal yang dinaikinya terbabas lalu melanggar sebatang tiang lampu.

“Saksi yang melihat kejadian itu bergegas ke arah lelaki tersebut untuk membantu tetapi terkejut apabila mendapati sebilah parang terletak dalam raga motosikal mangsa.


“Tidak lama selepas itu, dua motosikal yang dinaiki tiga lelaki tiba di situ dan mengarahkan saksi untuk beredar lalu menyerang mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sharul berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa mati akibat tetakan bertubi-tubi di kiri kepala, hidung, pipi kiri, tangan kanan dan tangan serta jari kiri,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori