SUBHANALLAH.. pemergian seorang bilal di Jeddah ketika sedang melaungkan azan Subuh di  Masjid Al-Amirah Hussah ternyata mampu membangkitkan keinsafan seluruh umat Islam.
Lebih menyentuh hati, nyawa lelaki berusia 54 tahun itu diambil selesai sahaja melaungkan baris terakhir azan yang berbunyi, “La ilaha Ila Allah”.
Ternyata amal ibadah yang dilakukan hambaNya yang ini telah diberikan penghormatan yang cukup agung oleh Allah SWT.
Sedangkan Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda:
“Barangsiapa yang akhir perkataannya sebelum meninggal dunia adalah ‘lailaha illallah’, maka dia akan masuk syurga” (HR. Abu Daud.)
Sesungguhnya Allah SWT yang berhak menentukan segalanya termasuk cara menjemput kematian seseorang hambaNya.
Tarikh kejadian tidak dapat dipastikan namun berita ini sedang viral di media sosial.
Semoga kita juga tergolong dalam kalangan hamba Allah yang dijemput dalam keadaan husnul khotimah (penyudah yang baik).  Ameen. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE