Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

412 PPV Untuk PICKids...

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan menambah sebanyak 412 pusat pemberian vaksin (PPV) bagi melaksanakan...

Tiong Tarik Balik Saman...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing hari ini...

Habis Semua Kena Pancit,...

CUBA bayangkan ketika anda dalam keadaan kelam kabut bersiap untuk ke tempat kerja,...

Tuduhan Rafizi Bagaikan Menghina...

SUNGAI PETANI - Dakwaan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli...

Lelaki Sanggup Berlutut Mohon Kemaafan Daripada Kekasih

CHINA – Menantikan hukuman. Adakah anda mahu lelaki seperti ini menjadi kekasih anda?

Lelaki ini berlutut sambil menggalas seikat rotan di belakangnya di hadapan asrama perempuan di Politeknik Kolej Industri di Chongqing kerana inginkan kemaafan daripada kekasihnya.

Dia membawa rotan berkenaan kerana mahu teman wanitanya memukulnya. Tidak diketahui apa kesalahannya atau sama ada dia sudah dimaafkan oleh kekasihnya, namun imej berkenaan kini tersebar di media sosial.

Tindakannya itu bagaimanapun diejek dan diperlekehkan oleh sebahagian pengguna media sosial.

Perbuatannya itu diinspirasikan daripada cerita zaman lalu di China yang direkodkan sebelum 283 masihi.


Ia mengisahkan bagaimana seorang jeneral, Lian Po telah meminta maaf daripada pembantunya, Lin Xiangru kerana bersikap angkuh terhadapnya.

Lian Po turut membawa bersama batang kayu di belakangnya dengan matlamat meminta Lin Xiangru memukulnya sebagai tanda hukuman.

Kesediaannya menerima hukuman itu adalah sebagai menunjukkan bahawa Lian Po ikhlas memohon maaf. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori