Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

2 Beradik Mati Lemas...

DUA beradik dipercayai mati lemas ketika khemah yang dipasang jatuh ke dalam kolam...

Denda RM300 Jika Merokok...

GEORGE TOWN - Jika anda ingin merokok di zon larangan dalam Tapak Warisan...

Mayat Pendaki Tergantung Dan...

NGERI… Seorang pendaki terkenal di Rusia, Yevgeny Tikhonov ditemui meninggal dunia dengan mayatnya...

Budak Terjun Tingkap Selepas...

Polanda – Seorang kanak-kanak berusia enam tahun terjun daripada tingkap bilik kelasnya selepas...

Lelaki Singapura Ditahan Cederakan Rakyat Tempatan

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang rakyat Singapura kerana mencederakan seorang lelaki tempatan dalam pergaduhan di Kompleks Kastam Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, dekat sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Nusajaya Supritendan Noor Hashim Mohamad berkata, kejadian melibatkan kedua-dua pemandu lori kontena di Singapura itu berlaku kira-kira pukul 10 malam.

“Dipercayai mangsa yang merupakan rakyat tempatan berumur 41 tahun bertanyakan tentang hutang terhadap lelaki Singapura berumur 61 tahun itu sebelum berlaku pergaduhan antara kedua-duanya sehingga mangsa dicederakan menggunakan besi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Noor Hashim berkata, mangsa yang berasal dari Taman Ungku Tun Aminah, di sini, cedera di kening kiri dan kemudian menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, di sini.

Katanya, besi tersebut dirampas dan lelaki terbabit kini direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori