Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

28 Restoran Pelita Seluruh...

PEMILIK restoran nasi kandar Pelita, antara restoran nasi kandar paling popular di Malaysia,...

Penjenayah Wanita Paling Seksi...

Kanada – Penjenayah wanita paling seksi di dunia, Stéphanie Boudoin akhirnya ke muka...

Kekal Hutan Simpan, Kedah...

ALOR SETAR : Kedah wajar menerima sekurang-kurangnya RM100 juta setahun sebagai pampasan terhadap...

Sedia Berkahwin, ‘Bakal’ Erry...

SUNYI tanpa publisiti, dalam diam rupa-rupanya pelakon, Erry putra mengakui sudah memiliki kekasih...

Lewis Hamilton Dihalau Kerana Tak Ikut Tema Pakaian Wimbledon

BINTANG Formula One, Lewis Hamilton telah dihalau keluar dari menonton kejohanan Tenis Wimbledon gara-gara berpakaian tidak mengikut tema yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Hamilton dihalau daripada menduduki tempat VIP selepas muncul dengan baju kasual berbunga-bunga, seluar slacks dan topi fedora coklat.

lewis

Sedangkan tetamu di bahagian VIP telah diingatkan agar mematuhi kod pakaian formal yang telah ditetapkan iaitu ‘smart lounge suits’ atau sut formal dengan kot lengkap bertali leher.

Sebaik sampai, Hamilton telah dinafikan kemasukannya kerana melanggar peraturan pakaian untuk acara kejohanan tenis terbesar dunia itu.

Nicole Scherzinger Bercinta Dengan Pemain Bola Switzerland

Susulan insiden dihalau keluar, Hamilton dikatakan berasa sangat kecewa kerana terlepas peluang menyaksikan pertembungan perlawanan akhir antara dua jaguh tenis, Roger Federer dan Novak Djokovic.

Walaupun dilaporkan pelumba itu diberikan kot dan tali leher untuk dibenarkan akses ke tempat duduk VIP namun Hamilton telah menolak pelawaan tersebut lantas meninggalkan acara yang bukan kali pertama dihadirinya itu.


Kejohanan tenis Wimbeldon tahun ini menyaksikan Novak Djokovic berjaya menumpaskan Roger Federer sekali gus menyandang gelaran tiga kali pemenang Wimbledon dan meraih kejuaran Grand Slam kesembilan. – MYNEWSHUB.CC

novak

novak1

Oleh:  JULIANA JOHAR 

Lewis Hamilton vs. James Corden – #ForeverFaster

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori