Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Lelaki Mengaku Salah Liwat...

MERSING - Seorang penjaga kolam udang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini...

Polis Berkas 5 Remaja...

KUANTAN - Polis memberkas lima daripada lapan remaja anggota Geng Syairi yang dipercayai...

Waktu Operasi Kenderaan Dan...

PROSEDUR Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang Ramadan masih terpakai dan...

Elizabeth Tan Takut Jumpa...

PENYANYI Elizabeth Tan atau lebih dikenali sebagai Lizzy memberitahu dia berasa gementar untuk...

Lima Cedera Dalam Pergaduhan Di Wangsa Walk

KUALA LUMPUR – Lima cedera, dua daripadanya parah, dan 11 ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan di Pusat Membeli Belah Wangsa Walk, di sini lewat semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata kesemua yang ditahan adalah remaja lelaki Melayu berusia 15 tahun hingga 29 tahun.

Katanya, dalam pergaduhan pada pukul 6.50 petang itu antara dua kumpulan, seorang patah tengkok dan seorang lagi retak tulang bahu.

“Ia hanyalah pergaduhan antara dua kumpulan remaja yang berpunca dari tindakan seorang abang yang menghalang perhubungan adiknya dengan seorang lelaki,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata lima yang cedera itu dipercayai akibat dipukul dengan kayu, batang besi, topi keledar dan sepit udang motosikal.


“Mereka yang cedera telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, polis menafikan pergaduhan itu melibatkan isu perkauman. – BERNAMA

https://youtu.be/HNZfO_xHaqQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori