Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Syed Saddiq Sekali Lagi...

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sekali lagi...

120 Kereta Bugi Di...

NILAI - Sebanyak 120 kereta bugi (buggy) musnah dijilat api dalam kebakaran membabitkan kawasan penyimpanan kereta bugi...

Kelantan Tarik Diri Dari...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memutuskan untuk menarik diri kerana...

Gara-Gara Mahu Ke `Mesin...

Seorang lelaki telah merempuh kenderaan yang dipandunya ke sebuah bangunan semata-mata kerana mahu...

Low Yat: Yadim Minta Umat Islam Terus Bertenang

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) meminta masyarakat Islam negara ini bertenang dan tidak terburu-buru dalam menilai insiden keganasan di Plaza Low Yat malam kelmarin.

Yang Dipertuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Islam adalah sebuah agama keamanan dan sebarang bentuk kekerasan adalah amat ditegah.

“Yadim memandang berat terhadap apa yang berlaku di Plaza Low Yat dan berharap seluruh masyarakat Islam tidak terbawa-bawa kepada sentimen yang cuba dimainkan.

“Sebaliknya masyarakat Islam perlu menunjukkan imej yang baik sebagai penganut sebuah agama yang damai, lebih-lebih lagi pada ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa dan bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Asyraf Wajdi turut meminta orang ramai tidak menambahkan lagi ketegangan yang berlaku dengan menyebarkan maklumat-maklumat yang belum benar-benar sahih di media sosial kerana tindakan itu akan hanya memburukkan keadaan.

“Orang ramai perlulah menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menangani hal ini dan percaya ia boleh diselesaikan dengan baik mengikut saluran yang betul,” katanya.


Kelmarin, kira-kira 500 orang Melayu berkumpul di hadapan Plaza Low Yat bagi membalas dendam perbuatan peniaga di situ membelasah rakan mereka yang dituduh mencuri telefon pintar.

Kumpulan itu seterusnya bertindak ganas dengan merosakkan harta benda dan memukul beberapa individu di kawasan sekitar.

Setakat ini, polis telah menahan 19 individu yang dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori