Saturday, December 14, 2024

Creating liberating content

Michael Ang, Edry Abd...

NAMPAKNYA 'persengketaan' di antara pengarah popular, Michael Ang dan pengetua Akademi Fantasia 2015...

Najib Rasmi Pameran Komik...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan...

Macau Scam: 4 Wanita...

JOHOR BAHRU - Akibat terlalu percaya dan tidak membuat penyemakan dengan pihak berkuasa,...

Amidon Pernah Dianggap Gila...

BERGELUMANG dengan darah dan hanyir nanah, ulat atau serangga yang menghurungi mayat reput...

Mahathir Akui Laporan WSJ Beliau Lesapkan RM100B Wang Rakyat ?!

*Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan pihak SAMM berhubung dakwaan WSJ satu masa dahulu bahawa Tun Mahathir pernah melarikan RM100 bilion wang rakyat. Jika Dr Mahathir hari ini bersetuju dengan WSJ, maka beliau juga harus menerima dan mengakui dakwaan sebelum ini bahawa beliau melarikan RM100 bilion.

Kenyataan Media

Tuduhan atau serangan Wall Street Journal (WSJ) ke atas Najib Tun Razak bukanlah sesuatu yang pelik. Wall Street Journal mempunyai sejarah yang panjang dalam menyerang pemimpin banyak negara termasuk Malaysia.

Sejak awal 1980-an lagi sehingga menyebabkan Dr.Mahathir yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia menggunakan pentas ucapan di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyerang balas laporan-laporan berat sebelah majalah ekonomi terbabit.

Dr Mahathir ketika mendakwa WSJ menyerang Malaysia kerana kerajaan tidak mahu mengikut kehendak “mereka”.

“i know that efforts will be made by the press, the editors, to pressure the Malaysian Government to do this and that.” (Mahathir Mohamad, Ucapan PBB, New York:1986)

mynewshub.cc

Tidak cukup itu, Dr Mahathir juga pernah mengharamkan majalah terbitan WSJ di Asia, Asia Wall Street Journal, selama tiga bulan kerana laporan tidak benar dan palsu.


Barry Wain, Bekas editor Asia Wall Street Journal, meneruskan sejarah panjang WSJ dengan Malaysia apabila menulis sebuah buku berjudul “Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times (Critical Studies of the Asia-Pacific)” yang mendakwa Mahathir melesapkan lebih RM 100 bilion semasa pemerintahannya (jika nilainya sekarang sudah tentu menjangkau sekali ganda).

Dr. Mahathir bagaimana pun mencabar Barry Wain mengemukakan fakta mengenai tuduhan beliau itu yang sehingga sekarang tidak pernah dijawab.

Najib perlu tampil dan jawab tuduhan tersebut dengan jelas dan teliti, jika tak benar maka dia harus saman WSJ segera. Timbul juga persoalan… jika Dr.Mahathir dan penyokongnya menyatakan WSJ benar dan tak menipu maka benarlah dia mahazalim mengongkong media kerana mengharamkan Asia WSJ selama 3 bulan kerana mengkritiknya dan maka benarlah dakwaan Dr.Mahathir melesapkan RM100 billion semasa pemerintahanya.

Sekian.

che’GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
7 Julai 2015

  • Lagi berita berkaitan:
  • 1MDB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori