Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Biro Siasatan Pusat India...

NEW DELHI - Biro Penyiasatan Pusat India (CBI) memanggil Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia...

Pemilihan UMNO Bahagian Johor...

Johor Bahru : Proses pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru ditangguh dan digantung, selepas...

Tengku Hassanal Saran Hentikan...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin...

Polis Tahan Suami Isteri,...

JOHOR BAHRU - Polis menahan sepasang suami isteri dan merampas dadah jenis ganja...

MAHB Mahu Pasang Lebih Banyak Walkator Di KLIA2

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan menambah walkalator baharu di klia2 sebanyak 25 unit, lebih banyak daripada perancangan awal, yang menjadikan bilangan kesemuanya sebanyak 41 unit.

“Kami mengumumkan pada 2014 bahawa kami akan memasang tambahan 16 unit. Bagaimanapun, berdasarkan kepada maklum balas pelanggan, kami memutuskan untuk menambahkannya kepada 25 unit,” kata pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Setakat ini, MAHB telahpun memasang 16 walkalator (kemudahan laluan pejalan kaki automatik).

“Kami berharap dengan pemasangan walkalator baharu itu, ia akan dapat dapat menangani aduan-aduan mengenai jarak berjalan kaki yang jauh di klia2. Ia juga akan membantu penumpang melalui perjalanan yang lebih selesa,” kata MAHB.

Sementara itu, perkhidmatan kereta bugi akan terus berjalan seperti biasa.


Ketika ini terdapat 15 kereta bugi dan MAHB akan menambah lapan lagi tahun ini bagi menambahkan keselesaan kepada penumpang terutamanya golongan berusia dan kurang upaya.

Selain itu, MAHB sentiasa menambah baik papan tandanya dan juga perkhidmatan yang diberikan kepada penumpang.

Satu daripadanya ialah usaha menempatkan Duta CARE (pegawai hospitaliti bergerak) di sekitar terminal bagi membantu penumpang dan perkhidmatan pelanggan di lokasi. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KLIA2

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori