Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kualiti Produk Rendah, Pizza...

INDAH khabar dari rupa: itulah perumpamaan yang boleh disamakan dengan makanan yang dipesan...

Pendekatan Rohani Banteras Gangsterisme...

PUTRAJAYA - Membanteras gangsterisme melalui pendidikan rohaniah di peringkat pertubuhan bukan kerajaan (NGO),...

Dicabar Jawab Isu Ada...

CABAR... Bekas pengasas PPBM, Anina Saadudin mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad jawab dakwaan...

Kerajaan Perlu Sedia Hadapi...

KUALA LUMPUR - Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menggesa kerajaan menyiapkan pelbagai langkah...

MAIPs Sumbang Zakat Kepada 35 Keluarga Asnaf

PADANG BESAR – Sebanyak 35 keluarga asnaf penghuni Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup menerima zakat wang tunai sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersempena Hari Raya Aidilfitri, malam tadi.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyampaikan zakat berkenaan pada program Ihya Ramadan di perkarangan desa itu selepas solat sunat Terawih.

Keberangkatan baginda berdua sebelum itu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Abdul Malik Hussin dan Pengurus Baitulmal MAIPs Mohd Nazim Noor.

Pada majlis itu Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang diwakili Yusmizan Yusof menyumbangkan barang fidyah berupa makanan untuk keperluan Hari Raya kepada 35 asnaf terlibat bernilai RM200 setiap satu keluarga. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori