Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Masalah Negara Bukan Diselesai...

KUALA LUMPUR – Permasalahan dihadapi rakyat dan negara hari ini bukan dapat diselesaikan...

‘Perahu Tambang’ Daya Tarikan...

KUCHING - Jika beca sinonim dengan Melaka Bandar Raya Bersejarah, Perahu Tambang yang...

Seramai 250 Pelajar Tahfiz...

PUTRAJAYA - Seramai 250 pelajar tahfiz daripada 2,697 pelajar tahfiz yang disaring disahkan...

HASiL Your Tax Buddy...

Sebilangan masyarakat di luar negara memiliki stigma terhadap mereka yang enggan membayar cukai...

Mangsa Terselamat, Lif Jatuh Dari Tingkat 12 Di China

elevatorcrash-main01

SERAMAI 12 orang yang menaiki sebuah lif yang terjatuh dari tingkat 12  di bandar Shenyang, China, dilaporkan terselamat.

Kemalangan ngeri tersebut berlaku di Huayang International Mansion di daerah Heping, Shenyang, pada 15 Julai lalu.

elevatorcrash-11

elevatorcrash-13

Kesemua 12 mangsa yang terlibat dipindahkan ke hospital tempatan manakala lima daripada mereka yang mengalami kecederaan teruk masih menerima rawatan lanjut.

Media tempatan melaporkan majoriti daripada mereka mengalami kecederaan pada tulang belakang serta keretakan pada kaki.

Seorang lelaki berusia 23 tahun terseliuh di bahagian leher manakal seorang wanita berusia 32 tahun lumpuh di bahagian kakinya.


elevatorcrash-08

elevatorcrash-10

Menurut salah seorang mangsa, lif terbabit pada mulanya terhuyung-hayang sebelum mengeluarkan percikan api seterusnya melurut jatuh dari tingkat 12.

Lif yang sudah beroperasi selama 15 tahun itu kini ditutup untuk siasatan. Terdapat sumber menyatakan kejadian seperti kerosakan serta jatuh secara tiba-tiba sememangnya pernah berlaku sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=qItOblzZu2Q

Sumber: Shanghaiist

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori