SIAPA yang tidak kenal dengan Marc Jacobs, pereka fesyen antarabangsa serta popular di mata dunia, setiap gerak-geri serta perilakunya pasti meraih perhatian masyarakat.
Justeru kesilapan Marc yang memuat naik gambar bogelnya secara tidak sengaja di laman sosial Instagram kini menjadi bualan ramai.
Sebaik menyedari kesilapannya, dia dengan pantas telah memadam semula gambar tersebut namun pengikutnya lebih pantas bertindak dengan melakukan screenshot gambar sensasi itu sebelum ia disebar dan dijadikan bahan bualan di media sosial hari ini.
Menurut sumber, dia dipercayai ingin menghantar gambar itu melalui private message di Instagram namun dimuat naik secara tidak sengaja kepada umum.
Dengan caption ‘Its Yours To try’ pada gambar tersebut, agak-agak Marc mahu siapa yang cuba ya?
Haaa.. tak pasal-pasal belanja aset yang ada kat semua orang, lain kali hati-hati ketika gunakan laman sosial ok! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: PittÂÂ
Sumber: Gawker