Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kenaikan Tol: Noh Minta...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali diminta tidak cuba bermain...

Genap 42 Tahun, Najib...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa sedih atas kepulangan...

Sebanyak 913 Kes Denggi...

SANDAKAN - Sebanyak 913 kes denggi dilaporkan di negeri ini dari Januari hingga...

GST: Harga Rumah Dijangka...

ALOR GAJAH - Harga rumah di seluruh negara dijangka meningkat hanya antara satu...

Masih Berharap, Pembunuh Kekasih 25 Tahun Lalu Ditangkap

HINGGA ke hari ini, James Soh masih tidak dapat lupakan apa yang berlaku 25 tahun lalu atau tepatnya, tanggal 15 Mei 1990.

Malam itu, dia yang baru berusia 22 tahun bersama kekasih Tan Ah Hong, 21 bersiar-siar dalam mood romantik di East Coast Park, Singapura.

Tanpa disangka-sangka, itulah malam terakhir dia dapat bermesra dengan Tan yang menghembuskan nafas terakhir selepas ditikam dengan kejam di leher.

Soh juga mengalami kecederaan apabila ditikam di bahagian belakang. Pelakunya merupakan dua lelaki yang sampai ke hari ini tak diketahui siapa.

James Soh menjadi mangsa penyerang tak dikenali ketika berada di sebuah taman di Singapura
James Soh dan kekasih menjadi mangsa penyerang tak dikenali ketika berada di sebuah taman di Singapura pada 19 Mei 1990. (SUMBER FOTO: STOMP)

Soh berkata impaknya amat besar apabila sampai ke hari ini dia masih trauma apabila mendengar bunyi tapak kaki orang tak dikenali di belakangnya. Setiap kali itu berlaku, dia akan segera menoleh dan membiarkan orang lain lalu dahulu.

Dia juga tidak lagi mengunjungi tempat yang sunyi dan jauh dari pandangan ramai.

“Sampai sekarang ia jadi satu pertanyaan yang tak terjawab buat saya: Kenapa semua ini berlaku?” ujar Soh yang kini sudah pun berkahwin.

Tan yang sempat menjadi kekasih Soh selama dua hari sebelum mati ditikam di leher oleh penyerang tak dikenali, 25 tahun lalu.
Tan Ah Hong cuma sempat menjadi kekasih James Soh selama dua hari sebelum mati ditikam di leher oleh penyerang tak dikenali, 25 tahun lalu. (SUMBER FOTO: STOMP)

Ketika kejadian, Soh dan Tan baru dua hari mula keluar dating sebagai kekasih selepas bertahun-tahun cuma berkawan.

Mereka kenal sejak di bangku sekolah menengah selepas sama-sama menjadi pengawas.

Soh masih ingat dia melihat dua lelaki naik tangga menuju ke menara Amber Beacon yang terletak di tingkat dua taman di mana mereka sedang berbual, sebelum lelaki tersebut tiba-tiba menyerang mereka dari belakang.


Sebaik menyedari diserang, Soh bangun melawan manakala Tan berlari turun sambil dikejar salah seorang penyerang mereka.

Lelaki yang menyerang Soh sempat menikam belakang badannya sebelum melarikan diri. Tak sedar diri ditikam, Soh meluru ke bawah dan menemui kekasihnya sudah terbaring berlumuran darah.

Dalam keadaan susah payah Soh meminta pertolongan di restoran berhampiran. Dia hanya sedar dan dimaklumkan Tan sudah meninggal dunia dua hari kemudian di Singapore General Hospital.

Sampai ke hari ini, Soh masih berharap mereka yang menyerang dan membunuh kekasihnya itu dapat ditangkap.

“Tak kiralah sekuat mana pun anda, nasihat saya adalah berfikir dengan bijak, jangan sekali-kali pergi ke tempat di mana orang lain boleh mengapa-apakan anda. Kita tak tahu apa yang akan jadi,” ujar Soh. – MYNEWSHUB.CC

Artikel Asal: Hoe Pei Shan, The Straits Times.


Video: Kes Samseng Mengamuk Tak Mau Bayar, Rosakkan Kedai Sebab Mi Goreng Pedas Sangat Di Mamak NZ, Danau Kota Februari Lalu.

https://www.youtube.com/watch?v=-nYyzerIgsc

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori