Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Akademi Percukaian Malaysia Bertaraf...

Pada 21 September lalu Akademi Percukaian Malaysia (APM) mengadakan Majlis Konvokesyen Ke-6 membabitkan...

Amerika Gesa China Tutup...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mahu China menutup pasar basah yang menjual haiwan...

Jenazah Mohamed Sabri Selamat...

KUALA LUMPUR - Jenazah mangsa helikopter terhempas di Taman Melawati, Allahyarham Komander (B)...

PAS Tolak Saranan MB...

DI pihak UMNO, terdapat suara menyarankan agar PAS tidak meletakkan calonnya pada Pilihan Raya...

Masyarakat Tempatan Diminta Tidak Lindungi Pati – Ruji

TAWAU – Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Ruji Ubi meminta rakyat pelbagai kaum di Sabah termasuk masyarakat Suluk supaya bersatu dan menunjukkan rasa cintakan tanah air dengan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi serta tidak melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Beliau berkata ini penting bagi memastikan Sabah, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bebas daripada PATI, sekali gus melenyapkan rangkaian penjenayah rentas sempadan yang menjadikan segelintir PATI sebagai pemberi maklumat.

“Kehadiran pendatang tanpa izin ini telah menimbulkan banyak masalah termasuk masalah sosial, setinggan di perkampungan air dan penyeludupan. Ada pula kalangan mereka yang menjadi tali barut kepada penculik dari negara jiran seperti yang berlaku sebelum ini.

“Oleh itu, semua pihak, termasuk masyarakat Suluk yang ramai di bahagian pantai timur Sabah perlu bekerjasama dengan Esscom untuk menangani masalah pendatang tanpa izin…bersatu kita teguh bercerai kita roboh,” katanya.

Ruji berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa anjuran bersama Persatuan Kebudayaan Suluk Bajau Tawau dan Permuafakatan Masyarakat Suluk Sabah (MPSS) di Rumah Adat Suluk, Batu 4, dekat sini malam tadi.

Turut hadir Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun, Timbalan Komander Brig Jen Datuk Md Rahim Mohamad, Pengerusi Persatuan Kebudayaan Suluk Bajau Tawau Datu Lukman Datu Shabiddin dan Setiausaha Majlis Permuafakatan Suluk Sabah (MPSS) Mohd Zaki Harry Susanto.


Ruji berkata Esscom juga komited untuk membanteras aktiviti penyeludupan yang berleluasa di Esszone.

Beliau berkata sebuah Jawatankuasa Pencegahan Penyeludupan telah dibentuk bagi menyelaras operasi semua agensi penguatkuasaan untuk mengekang dan menangani kegiatan penyeludupan itu.

Katanya, sejak operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan negeri dan persekutuan dilaksanakan awal tahun ini, aktiviti penyeludupan dilihat mulai berkurangan, termasuk di jeti Batu-Batu di Tawau.

“Operasi ini tidak akan dihentikan malah kita akan perluaskan ke daerah lain di Esszone. Setakat ini, kita telah melaksanakan operasi bersepadu mengekang aktiviti penyeludupan dan memburu PATI di Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori