Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

MH370: Flaperon Tiba Di...

PARIS - Serpihan bangkai Boeing 777 yang terdampar di sebuah pulau kecil di...

5,000 Hadir Di Himpunan...

KUANTAN - Kira-kira 5,000 pemimpin, ahli UMNO, komponen Barisan Nasional (BN) dan rakyat...

2 Penganggur Dipenjara 7...

JOHOR BAHRU - Dua penganggur dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret,...

Pembangunan Belia Sabah Relevan,...

KOTA KINABALU - Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) sentiasa memastikan aspek pembangunan...

Mat Sabu Lepas & Bebas Daripada Tuduhan Isu Komunis Bukit Kepong

BUTTERWORTH – Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua pertuduhan berhubung isu komunis Bukit Kepong pada Ogos 2011.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohamad, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, 60, di akhir kes pendakwaan.

Sebaik selesai mendengar keputusan itu kira-kira 30 penyokong yang mengiringi Mat Sabu melaungkan takbir.

Mat Sabu didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Feb 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Menora, Tasek Gelugor dekat sini pada 21 Ogos 2011

Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta anggota keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.


Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Mat Sabu ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata beliau berterima kasih kepada peguamnya Mohamed Hanipa Maidin.

“Dengan keputusan tadi, hakim telah membebaskan saya daripada tuduhan memfitnah berhubung isu Bukit Kepong,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Pulau Pinang Datuk Razali Che Ani. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori