ROMANIA – Seorang remaja meninggal dunia akibat strok haba selepas menghabiskan masa terlalu lama di tengah panas hanya kerana ingin mendapatkan akses wifi percuma agar dia boleh melayari Facebook.
Remaja malang itu, Andreea Patuleanu, baru berusia 14 tahun dan dilaporkan berada di tengah panas sepanjang hari.
Menurut bapa saudaranya, Cristian Grigore berkata, anak saudaranya terpaksa mendapatkan wifi percuma daripada dewan komuniti di kampung Domnesti itu kerana mereka terlalu miskin untuk membayar wifi.
Andreea dilaporkan rebah selepas mengadu tidak sihat. Dia kemudiannya meninggal dunia.
Meskipun ia bukan cuaca yang paling panas di Romania, namun suhu ketika itu mencecah 31°C.
Menurut doktor yang merawatnya, Dr. Elena Radulescu, gadis itu tidak mempunyai tekanan darah dan nadinya juga tidak bergerak ketika mereka cuba menyelamatkannya.
“Gadis ini juga mempunyai masalah jantung, jadi dia menjadi lemah. Strok haba sudah cukup untuk membunuhnya,’’ katanya.
Bagaimanapun Andreea tidak dapat dikebumikan lagi kerana keluarganya tidak mendaftar gadis itu ketika dilahirkan.
Justeru keluarganya hanya boleh mengebumikan Andreea selepas namanya didaftarkan.
Dia berasal dari keluarga gipsi dan dianggarkan beribu-ribu kanak-kanak gipsi dilahirkan miskin serta tidak didafftarkan kelahiran. – MYNEWSHUB.CC
Ada Wifi Tak? Iklan Raya Aidilfitri Maxis Tahun 2013