Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PM Beri Bayangan Belanjawan...

MUAR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan kerajaan akan menumpukan...

Perlu Ada Peraturan Berbasikal...

KUALA LUMPUR - Aktiviti berbasikal di jalan raya turut mengundang risiko kemalangan, justeru...

Hanya Kerana Berbaju Kurung,...

Hanya bersandarkan alasan melanggar etika berpakaian kerana mengenakan baju kurung, seorang bapa mendakwa,...

Undi PH Untuk Terus...

PUTRAJAYA - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan pengundi di Tanjung...

Mayat Pemain T-Team David Faramola Oniya Selamat Disemadikan

SEREMBAN – Mayat pemain pertahanan T-Team, David Faramola Oniya, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kristian di Sikamat di sini pada 11.30 pagi ini.

Kenderaan yang membawa mayat mendiang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tiba di tanah perkuburan itu pada kira-kira 11 pagi.

Kira-kira 20 rakan sepasukan mendiang dan dari pasukan lain turut hadir memberi penghormatan terakhir.

Hadir sama abang mendiang, Adefaramade Oniya, 34, dan ejennya, Felix Obina, 31, serta pengurusan pasukan T-Team.

Oniya, 30, meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 14 Jun lepas dan mayat mendiang ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu, Kelantan.

Adefaramade Oniya berkata keluarganya membuat keputusan dan bersetuju agar mayat mendiang disemadikan di sini.

Katanya semua pengurusan mayat mendiang diatur dan dibiayai oleh pihak pengurusan pasukan T-Team serta kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama Kedutaan Nigeria di Kuala Lumpur.

Beliau yang tiba dari Nigeria pada 26 Jun lepas berterima kasih kepada semua pihak kerana menguruskan mayat mendiang adiknya dengan selamat.


“Saya amat berpuas hati dengan segala yang diatur sehingga mayat mendiang selamat disemadikan di sini. Keluarga kami amat sedih dengan kehilangan adik.

Dia seorang adik yang baik dan banyak membantu keluarga,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya mendiang adalah anak bongsu daripada enam beradik dan mula aktif bermain bola sepak untuk kelab di Nigeria sejak berumur 17 tahun.

Obina pula berkata pasukan T-Team adalah kelab pertama di Asia Tenggara yang disertai Oniya.

“Sebelum ini, mendiang menyertai kelab bola sepak di Uzbekistan dan Azerbaijan sejak enam tahun,” katanya.- BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori