Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Hanya Jemaah Menteri Boleh...

KUALA LUMPUR : Kuasa bagi membubarkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) tertakluk kepada Jemaah...

Remaja 16 Tahun Hidap...

PENYAKIT Kulit mengelembung dan berair yang dialami oleh Khewjira Phanji sejak kecil telah...

Harimau Malaya Baham Gajah...

KUALA LUMPUR - Skuad Harimau Malaya akhirnya berjaya mengelak aib di bumi Emiriah...

Selepas Ramai Ditipu, Datuk...

PENGASAS kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida telah pun tampil menjelaskan bahawa terdapat satu akaun...

Mayat Seorang Lagi Mangsa Bot Karam Ditemui

TANJONG KARANG – Mayat seorang lagi mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam kira-kira dua batu nautika dari pantai Bagan Sungai Kajang di sini Khamis lepas, ditemui kira-kira 11.45 pagi ini.

Mayat G. Shankar ditemukan pasukan mencari dan menyelamat di pesisiran pantai di belakang kem Polis Gerakan Am Bagan Pasir, Tanjong Karang, kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul.

Dengan penemuan terbaharu ini jumlah kematian dalam tragedi bot karam itu meningkat kepada enam.

Mohd Sani ketika dihubungi Bernama berkata operasi mencari seorang lagi mangsa A. Parianathan, 30, sedang giat dijalankan.

Bot itu yang dinaiki 14 orang terdiri daripada sembilan anggota keluarga dan lima pekerja bot berlepas dari jeti nelayan Sungai Kajang pada 3 petang Khamis lepas bagi melakukan upacara membuang abu mayat.

Dua jam kemudian ia dilapor karam semasa dalam perjalanan pulang.


Selain Shankar, lima mayat lagi yang ditemukan setakat ini adalah A. Muniamah, 49; K. Logaraj, 29; M. Gnaswdree, 59; G. Jaya Sangari, 27, M. Kunasegaran, 57, kesemuanya berasal dari Sungai Buluh, Kuala Selangor.

Sementara tujuh lagi yang terselamat dikenal pasti sebagai P. Alumalai; M. Sugamaran; V. Nagaswari; N. Sanmugan; C. Sabtayan; C. Sundraja dan S. Partiven.

Kesemua mereka diselamatkan bot nelayan tempatan.

Bot itu dikatakan mengalami kebocoran dan kesemua mangsa menimba air sebelum ia tenggelam dipukul ombak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori