JAGUH tinju antarabangsa, Floyd Mayweather dilucutkan gelaran juara welterweight Kesatuan Tinju Dunia (WBO) yang baharu dimenanginya dua bulan lalu selepas berjaya menewaskan lawannya, Many Pacquiao.
Lucunya hal ini disebabkan Mayweather gagal melunaskan yuran kemasukan berjumlah AS$200,000 (RM761,800) yang ditetapkan WBO dalam perlawanan terbabit.
Menurut agensi berita Reuters, peraturan WBO memerlukan peninju untuk membayar 3 peratus hasil kemenangan peninju untuk gelaran juara dunia dengan yuran maksimum berjumlah AS$200,000.
Peraturan tersebut juga menghalang juara WBO untuk menyandang sebarang gelaran di mana-mana kategori pun.
Mayweather ketika ini memegang gelaran juara dunia WBC dan WBA bagi kategori middleweight dan welterweight masing-masing.
Penggantungan itu dikeluarkan oleh jurucakap WBO dalam satu kenyataan dari ibu pejabatnya yang berpangkalan di Puerto Rico itu pada Isnin.
Bagaimanapun, Mayweather diberi tempoh selama dua minggu untuk membuat rayuan. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE