BOSTON – Patutlah pizza yang dibeli oleh seorang remaja sedap, rupa-rupanya ada resepi khas ketika memasaknya iaitu sambil masak sambil tangan dimasukkan ke dalam seluar.
Itu yang dilalui seorang gadis yang kemudiannya memuat naik gambar yang dirakamkan itu ke dalam media sosial.
Menurut Sandy Breitlinger, anaknya dan rakan sedang beratur untuk mendapatkan pizza apabila ternampak pekerja restoran makanan segera itu memasukkan tangan dalam seluar.
“Anak saya kemudian merakamkan gambar itu dan memanggil pengurus restoran makanan segera itu untuk memaklumkan kepadanya. Dia kemudiannya bercakap dengan lelaki itu.
“Kami tidak makan pizza itu dan kami berdoa dia tidak membuat pizza untuk orang lain kerana jelas dia langsung tidak membasuh tangan,’’ katanya.
Selepas dimuat naik di internet, salah seorang rakan Sandy memaklumkan dia juga telah membeli pizza di situ beberapa hari lalu.
Rakannya itu bagaimanapun berharap agar pizza yang dimakannya itu tidak mengandungi bahan misteri. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=x2d6pSou8z0