SETIAUSAHA Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dijadualkan berlangsung pada 31 Julai ini di PWTC, dibatalkan.
Tengku Adnan turut menzahirkan permohonan maaf atas kesulitan yang timbul ekoran pengumuman tersebut, yang baharu dibuat petang ini.
Mengikut perancangan, Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat ini akan berlangsung bersama taklimat daripada presiden parti berkaitan isu semasa di samping sambutan Hari Raya. – MYNEWSHUB.CC