Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

GST Bakal Rangsang Permintaan...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 mampu merangsang...

13 Pelajar Terlibat Pergaduhan...

LANGKAWI : Seramai 13 pelajar dari sebuah sekolah menengah di sini yang ditahan...

Negara Islam Musnah Akibat...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam...

Pengurus Nafi Cabul Tegar,...

JIKA semalam pihak Tegar membuat satu sidang media mendedahkan perlakuan sumbang bekas pengurusnya, tak...

MH370 Mungkin Sudah Sampai Madagascar?

SYDNEY – Penemuan serpihan sayap pengemudi pesawat dipercayai kemungkinan besar milik MH370 di pulau Reunion agak mengejutkan pasukan penyiasat Australia, lapor akhbar tempatan, The Sydney Morning Herald.

Sambil menyifatkan berita itu memeranjatkan mereka, Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Martin Dolan namun mendakwa, penemuan tersebut konsisten dengan kajian biro itu sendiri.

Ini kerana berdasarkan kajian pemodelan lautan dilakukan oleh biro berkenaan, beberapa serpihan daripada pesawat MAS tersebut dijangka hanyut ke pulau peranginan milik pemerintah Perancis di tengah Lautan Hindi itu.

“Malah, kajian semula ATSB tahun lalu pernah meramalkan kebarangkalian sebahagian besar bangkai pesawat MH370 itu akan terdampar jauh sehingga ke Madagascar, pulau terbesar di benua Afrika,” jelas Dolan lagi.

Mengikut pemodelan biro tersebut, arus suhu sejuk yang berputar dari selatan Lautan Hindi dekat pusaran Antartika akan berpusing melengkung ke barat laut perairan Australia dekat selatan pulau Jawa, Indonesia.

2 Hari Bagi Sahkan Kod BB670 Milik MH370

Pakar Laut Australia Kata Ia Mungkin MH370

Ia kemudian akan dibawa arus suhu panas menerusi garisan selatan Khatulistiwa menuju ke barat Lautan Hindi dan menghampiri Madagascar sebelum berputar balik ke selatan lautan tersebut dekat pusaran Antartika.


Menyentuh mengenai nombor kod BB670 yang terdapat pada serpihan sayap dijumpai pihak berkuasa Perancis itu, beliau menjelaskan, ia bukan nombor pendaftaran pesawat atau nombor siri badan kapal terbang.

Sebaliknya nombor tersebut lazimnya mungkin nombor rujukan komponen model 777-200 itu yang boleh disemak lebih terperinci oleh pasukan penyiasat dengan pihak pengeluar pesawat iaitu Boeing dari Amerika Syarikat.

“Proses pengecaman ini biasanya mengambil masa 24 jam jika tiada apa-apa masalah timbul tetapi ini bukan bermakna bangkai MH370 berada dekat Reunion, mungkin bersepah dibawa arus ke tempat lain,” ujar Dolan.

Justeru, beliau membayangkan serpihan pesawat malang itu bertaburan dalam kawasan lingkungan yang cukup luas berdekatan Madagascar disebabkan faktor masa dan tolakan kuat arus ombak lautan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori