Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Adakah Penting Hitam Atau...

KUALA LUMPUR - MCA hari ini mempersoalkan keputusan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik...

38 Murid Cemas Bas...

KULAI - Sebuah bas sekolah yang membawa 39 pelajar terbakar di Jalan Senai...

1,600 Dijangka Sertai Larian...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 1,600 peserta tempatan dan luar negara dijangka mengambil bahagian...

Wartawan Didakwa Sebar Berita...

KUALA LUMPUR - Seorang wartawan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

MH370: Serpihan Flaperon Sah Komponen Pesawat Boeing 777

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengesahkan serpihan flaperon yang ditemui Pulau Reunion, Rabu lalu, ialah komponen pesawat Boeing 777 yang secara tidak langsung meningkatkan kemungkinan mengesahkan ia adalah milik pesawat penerbangan MH370.

“Berdasarkan nombor siri pada komponen itu, mengesahkan serpihan itu adalah daripada pesawat Boeing 777. Maklumat ini daripada Penerbangan Malaysia. Mereka sudah beritahu saya.

“Saya percaya kita bergerak hampir menyelesaikan misteri MH370. Ini boleh menjadi bukti meyakinkan bahawa MH370 terhempas di Lautan Hindi,” katanya di sini, hari ini.

Hanya satu pesawat Boeing 777 dilaporkan terhempas di Hemisfera Selatan iaitu MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 selepas berlepas dari Kuala Lumpur untuk ke Beijing, China.

Komponen sayap atau flaperon sepanjang dua meter yang ditemui di pulau milik Perancis, Reunion, itu tercatat nombor 657-BB. Ia dihantar ke Perancis malam tadi untuk siasatan.

Kenyataan Abdul Aziz itu adalah kenyataan rasmi pertama mengesahkan komponen berkenaan milik pesawat Boeing 777 dan ia menjadi langkah pertama untuk mengenal pasti pesawat mana.

Menurut Abdul Aziz, pengesahan paling muktamad perlu datang daripada Boeing dan pengubahsuaian oleh syarikat itu terhadap flaperon berkenaan memudahkan ia dikenal pasti.


“Ada beberapa ubah suai pada bahagian dalaman flaperon itu. Hanya Boeing boleh mengesahkan (flaperon itu datang dari MH370). Ubah suai itu dilakukan Boeing.

“Hanya selepas mereka mengesahkan bahagian dalaman flaperon yang mereka ubah suai itu, barulah kita boleh yakin ia dari MH370,” katanya.

Abdul Aziz berkata pasukan penyiasat Malaysia sudah berada Paris dan akan ke Toulouse untuk membantu memeriksa serpihan.

Menurutnya, satu lagi pasukan Malaysia dalam perjalanan ke Reunion untuk memeriksa beg bagasi yang ditemui semalam atau apa saja serpihan dan barang lain ditemui. – AFP

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH370

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori