Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

TH Plantations Jual 2...

KUALA LUMPUR - TH Plantations Bhd. (THP) telah melupuskan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam...

Ringgit Tinggi Sedikit Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini apabila permintaan...

Penyampai Berita CNN Pengsan...

Seorang penyampai berita CNN yang sedang mengandung enam bulan mencetuskan kebimbangan ramai selepas...

Pemimpin G7 Ikrar Pastikan...

BRUSSELS - Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) negara pada Khamis mengecam operasi ketenteraan khas...

MOA Sumbang Zakat Kepada 760 Golongan Asnaf & Anak Yatim

TELUK INTAN – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menyumbangkan zakat berjumlah RM152,000 kepada 760 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf dan anak-anak yatim di Kampung Gajah di sini.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menyampaikan sumbangan zakat itu berkata terdapat beberapa agensi lain yang turut menyumbang dalam pemberian zakat ini antaranya Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Agrobank, Tekun Nasional (TEKUN) dan BERNAS.

“Ini merupakan sebahagian daripada RM350,000 zakat yang diperuntukkan dan selebihnya kita akan sampaikan di kawasan Sungai Manik.

“Hari ini setiap orang menerima RM200 dan saya harap sumbangan ini dapat membantu penerima mengurangkan beban dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Zakat MOA dan Berbuka Puasa yang diadakan di Masjid Al-Muzakirin Kampung Bukit Chawi di sini Jumaat malam.

Sementara itu, Ramlah Ngah Tahir, 75, seorang daripada penerima zakat tersebut meluahkan rasa syukur dan gembira menerima zakat ini.


“Makcik rasa seronok kerana dapat menghadiri majlis berbuka dan menerima sumbangan zakat pada hari ini. Dengan adanya sumbangan ini dapat digunakan untuk membeli persiapan hari raya nanti,” katanya kepada Bernama.

Che Ham Harun, 65, berasa lega kerana dengan adanya sumbangan ini amat membantu untuk persiapan hari raya yang menjelang tiba.

“Sumbangan zakat ini amat bermakna untuk makcik kerana dapat membantu makcik untuk membeli persiapan raya seperti kuih dan baju. Terima kasih kepada Datuk Seri Tajuddin yang menyampaikan sumbangan ini,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori