Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Warga Thailand 2 Maut,...

KUANTAN - Dua warga Thailand maut manakala dua lagi parah selepas sebuah van...

Perompak Bakar Rumah, Gagal...

GARA-GARA gagal menemui apa-apa barang berharga, dua perompak bertindak ganas membakar sebuah rumah...

Peniaga Buka Gerai Di...

PUTRAJAYA -   Kira-kira sebanyak 10 buah gerai makanan didirikan secara haram di sekitar...

Muslimah Ini Difitnah Oleh...

MUNGKIN kerana ingin memburukan emej Islam dan menjatuhkan maruah seseorang, pemilik akaun Instagram'Free...

Muat Naik Gambar Separuh Bogel, Chef Wan Kena Hentam

CHEF Selebriti No.1 Negara, Chef Wan telah memuatnaik sekeping gambarnya sewaktu berusia 24 tahun di laman Instagram.

Gambar tersebut bukanlah gambar beliau sedang memasak mahupun gambar pintu pesawat MAS MH370 seperti sebelum ini, sebaliknya gambar kenangan ‘separuh bogel’ di Pantai Cherating, Pahang.

Tindakan tersebut membuatkan sesetengah peminatnya tidak berpuas hati kerana beliau memperlihatkan tubuh badannya kepada khalayak, lebih-lebih lagi gambar tersebut dimuatnaik ketika bulan Ramadan.

Walaubagaimanapun, Chef Wan menerusi ruangan kapsyen gambar berkenaan telah menjelaskan ia adalah perkara biasa apabila bercuti di pantai.

chef1111“Penampilan sedemikian adalah perkara biasa ketika mandi di tepi pantai namun ia menjadi satu kesalahan besar pada hari ini di mana peminat akan menjadikannya bahan kutukan,” katanya.

Di ruangan komen, salah seorang peminat mempersoalkan mengapa selebriti pada masa kini sering menimbulkan kontroversi.

“Dah tua dh kedut atas bawah… rumah kata pergi kubur melambai mari. Kenapalah celeberiti skg..lepas satu kes yg kecoh..ini plak nk tayang body..makin meningkat umur makin menjadi2 plak perangai. X kuasa nk layan..” tulis Kiah.


Tidak kurang juga peminat yang menilai Chef Wan dengan menyatakan beliau hanya ingin mencari pubisiti.

“Kawan baik Azwan Ali. What do you expect? Attention seeker…” tulis Yawn.

Sebagai seorang yang sudah senior dalam industri, sepatutnya Chef Wan lebih berhati-hati ketika memuat naik sesuatu dan tidak berkongsikan gambar yang tidak sepatutnya kepada khalayak ramai.

Bukan semua gambar yang anda kongsi boleh diterima baik oleh semua pihak, lebih-lebih lagi yang tidak menutup aurat, what do you expect? -MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

https://www.youtube.com/watch?v=pXaDq8fQjUQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori