Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Gesaan Campur Tangan Asing...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Johari Terima Manuskrip ‘Mengapa...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Datuk Johari Abdul...

Perkhidmatan Feri P.Pinang Semakin...

GEORGE TOWN - Ramai pengguna berpendapat perkhidmatan feri di negeri ini semakin mengecewakan...

Kebakaran HSA Musibah Tak...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berharap agar keluarga mangsa yang...

Muhyiddin, 4 Menteri Bakal Tersingkir Dari Kabinet Najib

DALAM kemelut politik yang melanda pentadbiran negara ketika ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah mengejutkan apabila dilaporkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk memohon perkenan senarai terbaru kabinet beliau.

Lantas, spekulasi mula mengganas di ruang media apabila sumber tertentu mengesahkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal disingkirkan dalam rombakan terbaharu itu.

PM Sudah Jumpa Agong – Rombakan Kabinet Hampir Pasti

MUHYIDDIN_YASSIN_HIGH_PERFORMANCE_SCHOOLS_301014_TMIZHAFRI_03

Semua tahu, sejak akhir-akhir ini, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan dilihat sering mengeluarkan kenyataan hangat mengkritik cara Najib menguruskan kontroversi  syarikat pelaburan 1MDB.

Memetik artikel yang disiarkan The Malaysian Insider, Najib dikatakan bakal menggugurkan lima daripada 35 menteri, selain bakal melantik seorang timbalan menteri menjadi menteri penuh.

Selain Muhyiddin, empat lagi menteri yang turut dikatakan bakal menerima nasib sama adalah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

Ahmad-zahid-Hamidi


Kekosongan yang ditinggalkan Muhyiddin dalam kabinet dilaporkan bakal diisi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau turut akan mengekalkan portfolionya di KDN.

Dalam pada itu, nama Datuk Ahmad Maslan juga disebut-sebut bakal dilantik sebagai menteri penuh. Sebelum ini, figura sensasi itu memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Namun sehingga kini, khabar angin tersebut masih belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Laporan 2 Bulan Lalu – Pejabat PM Nafi Rombakan Kabinet

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori