Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kes COVID-19 Kembali Lebih...

PUTRAJAYA - Jumlah kes harian COVID-19 kembali melebihi 20,000 apabila 20,780 kes baharu...

Iklan Diskriminasi: Old Town...

KUALA LUMPUR - Oldtown Berhad tidak akan menarik balik kelulusan francais kepada syarikat...

PAS Sabah Kekal Bersama...

KOTA KINABALU - Pas Sabah kekal berada dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan...

Pertarungan ‘Lightsaber’ Diiktiraf Sukan...

PARIS - Persekutuan Lawan Pedang Perancis telah mengiktiraf pertarungan 'lightsaber' atau pedang laser...

Murid P’puan Orang Asli Dakwa Diikat, Ditendang, Dipukul 3 Guru

SEORANG murid Tahun 4 berketurunan Orang Asli dari suku kaum Temiar dilaporkan telah diikat, dipukul dan ditendang oleh tiga guru lelaki selepas dituduh mencuri wang salah seorang guru berkenaan.

Kejadian yang berlaku pada 15 Jun lalu ini mengejutkan ramai setelah didedahkan oleh  Centre for Orang Asli Concern’s (COAC) menerusi laman Facebok.

Akibat kejadian tersebut, mangsa yang dikenali sebagai Siti Nur Azdilia dari Sekolah Kebangsaan Kuala Betis di Gua Musang, Kelantan mengalami lebam di wajah, lengan dan paha.

Penyelaras COAC, Dr. Colin Nicholas berkata tindakan menghukum kanak-kanak perempuan itu tanpa usul periksa adalah perbuatan yang tidak wajar.

“Dia dituduh mencuri. Kami tidak tahu jika ia benar tetapi kalau benar pun, ini bukan cara yang betul mengendalikannya,” kata Nicholas dalam posting di laman Facebook COAC.

Berikutan itu, keluarga mangsa telah membuat laporan polis pada 27 Jun lalu.

Hal tersebut membuatkan wakil pihak sekolah dan guru besar memohon keluarga mangsa menarik balik laporan polis berkenaan.

Atas perbincangan bersama keluarga mangsa, wakil suku kaum Temiar dan pemimpin masyarakat Kampung Parik, mereka turut melaporkan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menerusi pemimpin Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) pada 23 Jun 2015.


Memetik laporan The Malaysian Insider, sumber polis mengesahkan kejadian dan ia kini sedang disiasat.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan hari ini telah mengarahkan satu siasatan dijalankan ke atas dakwaan ini.

Timbalannya, P. Kamalanathan berkata dia telah mengarahkan pegawai pendidikan untuk menyiasat dan menghantar laporan interim secepat mungkin. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=nVK940HZjQY

Oleh: FARAH

Sumber: Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori