TINDAKAN diambil Tunku Mahkota Johor, Sultan Ismail yang tidak mahu memanjangkan isu pertelingkahan baginda dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz disambut baik oleh menteri itu.
Memetik laporan Malaysiakini, Nazri Aziz meminta semua orang menghormati permintaan TMJ agar henti menghangatkan lagi isu perselisihan faham itu.
[ADAKAN PERLAWANAN TINJU SAYA DENGAN NAZRI, GURAU TMJ]
“Seperti beliau, saya hanya cakap apa yang saya fikirkan dan jika saya guris perasaannya, saya minta maaf. Tiada sebab peribadi,†ujarnya.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu turut mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan selamat hari keputeraan kepada Tunku Ismail.
“Ini bulan yang baik dan beliau juga baru menyambut hari keputeraan. Jadi selamat berpuasa saya ucapkan, selamat berbahagia bersama keluarga dan maaf zahir batin,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=0MS0qpv5XgI