Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pos Malaysia Anjur Pameran...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad akan menganjurkan pameran filateli terbesar di dunia...

Pencipta Nama Proton Saga...

SUNGAI PETANI – Ismail Jaafar, pencipta nama kereta nasional pertama Malaysia, Proton Saga,...

Wanita Tawar Khidmat Seks...

MELAKA - Seorang wanita berusia 33 tahun disyaki menawarkan khidmat seks di hotel...

Peniaga Teruskan Operasi Walaupun...

PASIR MAS - Seorang peniaga gerai makan di Gual Tinggi, Rantau Panjang di...

Netizen Pertikai Iklan Aksi Goda Tudung Neelofa

HEBOH jadinya apabila iklan tudung jenama selebriti popular Neelofa yang dimuat naik di laman Youtube baru-baru ini menerima kecaman dan kritikan hebat orang ramai.

Hal ini kerana ada penonton video berkenaan beranggapan iklan yang memaparkan aksi Neelofa yang mengenakan pelbagai rekaan tudung dan warna itu tidak menampilkan sifat muslimah yang sepatutnya.

Memetik laporan portal Berita Harian Online, ada menyifatkan ia sebagai kurang sesuai dengan penampilannya berhijab.

Malah, ada yang menyifatkan aksi Neelofa yang seolah-olah ingin menggoda menerusi iklan itu bertentangan daripada tujuan utama wanita mengenakan hijab.

Ini antara beberapa komen yang diberikan;

“Jadi kalau pakai tudung neelofa dapat menggoda jantan-jantan sekeliling dengan lebih jayanya lah kan? Sama jer dengan iklan perfume yang ada perempuan berlari-larian nak suruh jantan perasan kehadiran beliau. Anyway, for most meleis, hijab is just a headgear..so I rest my case here sis.

“Fokus lebih kepada model lelaki tu je. Menunjukkan pakai tadung ni untuk menarik perhatian lelaki ajnabi patutnya pakai tdung nak hindarkan dari pandangan lelaki ajnabi. So iklan ni sama je dgn iklan western yg lain to attract men. Better lagi iklan perfume Dato’ Siti yg tunjuk confident dalam diri wanita walaupun model perempuan itu tidak berhijab. Just my two cent.”

Bagaimanapun, tidak kurang juga terdapat peminat yang menyokong dan menerima konsep video berjudul Fantasia Naelofar Raya 2015 itu.


Apa pun, bagi penulis sendiri, secara peribadi rekaan tudung Neelofa untuk Hari Raya kali ini sememangnya cantik-cantik belaka. Tidak hairanlah, ianya amat laku keras di pasaran.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Berita Harian

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori