KUALA LUMPUR – Pemuda PAS mengalu-alukan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai parti itu.
Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendakwa, ramai orang yang mula insaf akhirat akan memilih untuk menyertai PAS.
“Elok juga Muhyiddin ambil sedikit masa untuk berehat dan berfikir.
“Ramai orang yang mula insaf akhirat akan memilih PAS untuk dunia dan akhiratnya. PAS mengalu-alukan. Eloklah tak tubuh gerakan lebih baru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan beliau membuat keputusan sukar untuk menggugurkan Muhyiddin daripada barisan Kabinet.
Menurut Najib, langkah itu perlu dilakukan untuk membentuk sebuah pentadbiran yang lebih mantap untuk menguruskan negara. – MYNEWSHUB.CC