Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Guna Aset Kerajaan...

BENTONG : Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan yang terbabit dalam...

Chef Wan Dinobat Tokoh...

ROMPIN – Generasi kedua Felda yang berjaya membawa nama negara ke seluruh pelusuk...

17 Cedera Taufan Trami...

KAGOSHIMA - Seramai 17 orang cedera apabila Taufan Trami dengan kelajuan 217 kilometer...

Beri Najib Lebih Masa...

Penganalisis ekonomi menjangkakan Malaysia akan mempunyai pertumbuhan KDNK sekurang-kurangnya 4.5% pada tahun ini...

Noh Omar: Beri Kad Minyak, Bantu Kurang Beban Rakyat

DEMI membantu meringankan beban rakyat Malaysia, Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan wajar mempertimbangkan cadangan untuk memperkenalkan kad minyak sama seperti yang digunakan pegawai kerajaan.

Menurut beliau, perkara ini wajar dilakukan untuk memberi pengagihan subsidi minyak yang lebih adil kepada rakyat negara ini.

Memetik kenyataan beliau di Sinar Harian, Noh berkata, “Saya berpandangan kita boleh terus beri subsidi minyak tetapi mestilah subsidi bersasar. Tidak boleh subsidi seperti sebelum ini. Contohya, seorang rakyat berhak mendapat subsidi minyak 500 liter sebulan”.

“Semua rakyat akan dapat jumlah minyak bersubsidi yang sama. Apabila lebih daripada 500 liter itu, pengguna nak beli yang ke 501 liter, kena beli mengikut harga pasaran. Bukan harga subsidi,” katanya.

Noh yang juga Pengerusi Umno Selangor mengatakan perkara itu boleh dilaksanakan dengan memberikan sekeping kad minyak kepada warganegara Malaysia yang memiliki kenderaan.

“Seperti yang berlaku pada kenderaan kerajaan di mana kad minyak itu yang mempunyai had. Contohnya sebulan hadnya hanya 500 liter. Apabila melebihi had itu, kad itu tidak boleh pakai lagi. Jadi saya terfikir, jika kita boleh laksanakan sistem itu untuk kenderaan-kenderaan kerajaan, kenapa tidak sistem itu diaplikasikan kepada semua rakyat Malaysia,” tambah beliau lagi.

Perkara itu perlu untuk memastikan agar subsidi itu tidak jatuh ke tangan warga asing atau pelancong asing.


Untuk makluman, harga runcit RON95 dan diesel ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal yang menyebabkan harga minyak berubah setiap awal bulan.

Bulan ini, RON95 diniagakan sebanyak RM2.15 Sen seliter, RON97 RM2.55 seliter dan diesel sebanyak RM2.05 seliter. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR 

Umno Selangor bersama Najib, kata Noh Omar

https://www.youtube.com/watch?v=yjgfBuUcxN0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori